KUALI | Nutrisi

Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif

Lead Image

MEMASUKI usia 30 tahun adalah fasa cukup mencabar buat wanita, terutama dari segi kesihatan dan kesuburan.

Ini kerana, pada usia ini tubuh wanita mula mengalami perubahan apabila kualiti sel telur menurun secara perlahan-lahan.

Keadaan ini menjadi lebih membimbangkan jika gaya hidup dan pemakanan tidak dijaga kerana ia boleh menjejaskan keseimbangan hormon serta mengurangkan peluang untuk hamil.

Oleh itu, penting untuk mula memberi perhatian terhadap rutin kehidupan, pemakanan harian dan pengurusan stres.

Sekiranya anda sedang merancang untuk menjaga kesuburan di usia 30-an, berikut beberapa tip pola makan sihat yang boleh diamalkan untuk menyokong hormon dan kesihatan reproduktif:-

Protein penting untuk penghasilan hormon reproduktif.

1. Banyakkan pengambilan protein

Protein seperti ayam, ikan dan telur membantu penghasilan hormon reproduksi, manakala protein tumbuhan daripada tempe, tauhu dan kekacang penting untuk keseimbangan tubuh.

Gabungkan bersama sayuran hijau untuk tambahan vitamin yang menyokong pembentukan sel telur sihat.

Lemak sihat dapat menstabilkan hormon pembiakan.

2. Amalkan lemak sihat

Tidak semua lemak berbahaya. Makanan seperti avokado, kekacang dan minyak zaitun mengandungi lemak sihat yang membantu menstabilkan hormon pembiakan.

Elakkan lemak trans daripada makanan diproses kerana ia boleh mengganggu keseimbangan hormon.

Selain itu, omega-3 yang terdapat dalam ikan salmon, telur ikan dan chia seed juga penting untuk meningkatkan kualiti sel telur.

Daging merah merupakan antara zumber zat besi yang baik.

3. Optimumkan pengambilan zat besi dan asid folik

Dua nutrien ini sangat penting untuk mengekalkan kesuburan wanita berusia 30-an.

Zat besi menyokong kitaran haid yang sihat, manakala asid folik membantu perkembangan sel telur.

Sumber terbaik ialah daging merah tanpa lemak, bayam dan kekacang.

Buah-buahan kaya antioksidan membantu menyeimbangkan hormon.

4. Ambil buah tinggi antioksidan

Buah-buahan yang kaya antioksidan seperti vitamin C dan E membantu melindungi sel telur daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Pilih buah seperti beri, jeruk, kiwi dan tomato sebagai snek harian untuk menyeimbangkan hormon secara semula jadi.

Karbohidrat kompleks membekalkan tenaga berpanjangan.

5. Pilih karbohidrat kompleks

Karbohidrat juga penting, tetapi elakkan gula ringkas yang boleh mengganggu hormon.

Pilihlah karbohidrat kompleks seperti beras perang, ubi keledek, oat dan roti gandum penuh.

Karbohidrat jenis ini membantu menstabilkan hormon insulin dan memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ramai takut nak cuba low carb diet, fahami 5 fakta mengenainya terlebih dahulu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Khasiat aloe vera memang tiada lawan! Rupanya boleh jadi ubat ulser mulut

Terhangat