info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cef kongsi SOP sebelum goreng ikan masin, kena rendam lama baru dapat rasa asli

Lead Image
MAKAN ikan masin dengan nasi panas sahaja dan telur goreng pun dah cukup sedap tak terkata, tanpa perlu lauk lain yang 'mewah'.

Ikan masin umpama lauk 'ajaib' yang mampu membangkit selera walaupun perut sebenarnya sudah kenyang.

Tapi menurut perkongsian cef Deedee Mansor di laman Threads, ramai sebenarnya terlepas pandang satu langkah penting sebelum menggoreng ikan masin.

Jelasnya, ikan masin atau ikan kering serta bilis sebaiknya direndam terlebih dahulu sebelum dimasak bagi membantu menyingkirkan bahan pengawet yang melekat pada permukaannya.

Proses merendam juga membantu mengembalikan tekstur asal ikan

Katanya, proses merendam juga membantu mengembalikan tekstur asal ikan selain membuatkan rasa isi ikan lebih sedap dan tidak terlalu masin.

“Setiap produk yang diawetkan, haruslah direndam untuk membuang bahan pengawet dan kembalikan produk kepada bentuk asal,” katanya.

Tambah cef ini lagi, ikan masin tidak semestinya perlu mempunyai rasa masin terlalu kuat kerana garam yang berlebihan sebenarnya menutupi rasa asli ikan.

“Ikan masin tidak semestinya kena rasa masin ya! Lagi banyak garam kita buang, lebih jelas rasa ikan sebenar,” ujarnya.

MENARIK DIBACA: Lelaki Jepun kongsi cara buat sashimi guna 'ikan-ikan Malaysia', puji hasilnya enak

MENARIK DIBACA: Ramai rasa tertipu dapat tahu dori dimakan, dipuji enak selama ini sebenarnya ikan patin!

Berikut merupakan prosedur operasi standard (SOP) merendam ikan masin yang dikongsikan oleh Cef Deedee:

  1. Rendam ikan masin selama satu jam.
  2. Tukar air sebanyak tiga hingga empat kali.
  3. Untuk 15 minit pertama, tukar air dan tambah air baharu.
  4. Ulang langkah tersebut sebanyak tiga hingga empat kali.
  5. Lakukan sehingga isi ikan kembali putih seperti ikan segar.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

'Blender' kuning jadi bersinar, bau hilang lepas jemur tengah panas - "Memang legit tip ni"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Dah penat masak kena cuci pula! Ini 6 tip elak sambal dimasak merecik ke dapur, dinding

Terhangat