info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Dah penat masak kena cuci pula! Ini 6 tip elak sambal dimasak merecik ke dapur, dinding

Lead Image

RAMAI rupanya berdepan masalah apabila terpaksa 'berperang' di dapur ketika memasak sambal.

Selalunya, sambal dalam kuali yang menggelegak umpama lava gunung berapi itu akan terpercik hingga membuatkan dapur kotor dengan kesan percikan minyak dan cili.

Selain dapur, dinding juga tidak terlepas menjadi sasaran 'serangan' percikan sambal.

Sebenarnya, terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan ketika memasak sambal supaya tidak terpercik.

Menerusi perkongsian di Threads, berikut merupakan beberapa tip yang boleh anda cuba ketika memasak sambal di rumah.

Salah satu petua untuk elak sambal terpercik adalah dengan mengisar cili kering bersama minyak masak.

1. Kisar dengan minyak

Kisar cili dan bawang menggunakan minyak masak, bukan dengan air. 

2. Rebus cili kering

Rebus cili kering terlebih dahulu sebelum dikisar. Cara ini membuatkan cili kurang menyerap air berlebihan ketika dikisar

MENARIK DIBACA: Simpan bawang dalam peti ais sebelum dipotong, ‘confirm’ air mata tak lagi mengalir

MENARIK DIBACA: Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif

3. Guna periuk tinggi

Masak sambal dalam peruk atau kuali tinggi untuk menghalang sambal terpercik keluar ke dapur.

4. Guna api perlahan

Gunakan api kecil sepanjang proses menumis agar minyak tidak berbuih dan terpercik.

Taburkan sedikit garam ke dalam minyak panas untuk menyerap lebihan minyak.

5. Tabur garam

Masukkan sedikit garam ke dalam minyak panas sebelum masukkan sambal. Garam bertindak menyerap kandungan air atau lembapan halus yang terdapat dalam minyak atau bahan makanan,

6. Tutup kuali

Tutup kuali dengan penutup atau splatter screen (penapis percikan) untuk mengelakkan percikan sambal di merata-rata tempat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cef kongsi SOP sebelum goreng ikan masin, kena rendam lama baru dapat rasa asli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

"Kena tutup ke tak?" - Wanita keliru cara betul guna microwave, rupanya ramai silap faham

Terhangat