info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

"Kena tutup ke tak?" - Wanita keliru cara betul guna microwave, rupanya ramai silap faham

Lead Image

PENGGUNAAN ketuhar gelombang mikro (microwave) sememangnya memudahkan urusan harian, lebih-lebih lagi apabila mahu memanaskan lauk dengan cepat.

Bagaimanapun seorang wanita mencetuskan persoalan yang sering bermain di fikirannya sama ada perlu atau tidak menutup makanan dipanaskan menggunakan ketuhar.

Menerusi perkongsiannya di Threads, wanita dikenali sebagai Kamalin Mastura Ahmad itu mengakui keliru selepas melihat pelbagai pendapat di media sosial.

Actually kalau kita panaskan lauk guna microwave, kena tutup tak makanan tu? I confuse sebab ada yang kata kena tutup untuk elak haba kena direct pada makanan, takut boleh sebabkan kanser,” tulisnya.

Tambahnya lagi, ada juga pengguna lain memanaskan makanan tanpa menutup bekas, membuatkan dia semakin ragu-ragu tentang cara yang betul.

Malah, dia turut mempersoalkan tentang penggunaan bekas kaca bersama penutup plastik, memandangkan terdapat dakwaan bahawa plastik tidak sesuai digunakan dalam microwave.

Persoalan itu kemudian mendapat perhatian pengguna Threads lain yang tampil berkongsi penjelasan lebih tepat.

MENARIK DIBACA: Cara buat donat lembut, gebu macam kapas... Tak perlu uli doh, tak guna telur

MENARIK DIBACA: Perut tak selesa, rasa kembung dan berangin… Ini beberapa makanan perlu dielakkan

Menurut seorang pengguna, saranan menutup makanan ketika menggunakan microwave memang betul, namun alasan yang dikaitkan dengan risiko kanser adalah tidak tepat sama sekali.

“Tutup makanan supaya tak over dry atau terpercik saja. Bukan sebab elak kanser,” jelasnya.

Tambahnya, cara microwave berfungsi sebenarnya berbeza dengan ketuhar biasa.

Ia menggunakan gelombang yang bertindak ke atas molekul air dalam makanan.

“Bila gelombang kena molekul air, molekul tu bergerak dan berlanggar sesama sendiri, lalu menghasilkan haba. Jadi tutup atau tidak, makanan tetap akan panas,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia mengingatkan bahawa bahan seperti aluminium tidak sesuai digunakan kerana boleh menghalang atau mengganggu gelombang tersebut.

Seorang lagi pengguna turut berkongsi bahawa dia memilih untuk menutup makanan bagi mengelakkan percikan yang boleh mengotorkan bahagian dalam microwave.

“I tutup sebab tak nak makanan merecik atau jadi terlalu kering. Lagi senang nak jaga kebersihan,” ujarnya.

Ada juga yang mengambil langkah lebih selamat dengan menggunakan penutup khas untuk microwave bagi mengelakkan bau melekat serta memastikan makanan dipanaskan dengan lebih baik.

Apa yang penting, pastikan bekas yang digunakan selamat untuk ketuhar dan elakkan bahan seperti aluminium atau plastik yang tidak sesuai.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dah penat masak kena cuci pula! Ini 6 tip elak sambal dimasak merecik ke dapur, dinding

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bawang putih 'air peeled' mudahkan kerja dapur, ramai kongsi cara simpan supaya tak cepat rosak

Terhangat