info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Bawang putih 'air peeled' mudahkan kerja dapur, ramai kongsi cara simpan supaya tak cepat rosak

Lead Image

PENGGUNAAN bawang putih dalam masakan harian memang tak dapat dielakkan, tetapi proses mengupas kulit adalah renyah lebih-lebih lagi jika bahan itu diperlukan dalam kuantiti banyak.

Bagi memudahkan urusan dapur, seorang pengusaha kedai roti dikenali sebagai Ling’s Focacceria berkongsi pandangan ringkasnya mengenai penggunaan bawang yang sudah siap dikupas kulitnya  menerusi proses 'air peeled' melibatkan tekanan udara tinggi dan mesin industri.

Tulisnya di Threads, sebagai pengusaha dalam industri makanan dan minuman, penggunaan bawang putih dikupas menggunakan cara itu adalah lebih baik kerana setiap ulas akan menjadi lebih bersih dan cantik. 

Lap kering bawang putih menggunakan tuala sebelum disimpan dalam peti sejuk.

"Sebagai pengusaha F&B, ini penemuan kegemaran saya, bawang putih air peeled. Ulas-ulasnya semuanya bersih dan cantik-cantik," kongsinya. 

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi wargamaya dengan ada yang bersetuju penggunaan bawang putih itu lebih menjimatkan masa mengupas kulit selain enak. 

MENARIK DIBACA:  Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'

MENARIK DIBACA: Kreativiti Sheila Rusly 'angkat' menu biasa ke tahap luar biasa dipuji - "Masak mi segera pun terliur"

Ada juga kurang bersetuju kerana bawang putih dikupas menggunakan teknik itu dikatakan mudah rosak dalam beberapa hari dan untuk penggunaan di dapur rumah dianggap kurang berbaloi.

Simpan bawang putih dalam bekas kedap udara dan dilapisi dengan tuala untuk tahan lebih lama dalam peti sejuk.

Perkongsian itu turut membuka ruang untuk netizen memberikan tip ringkas cara simpanan bawang putih 'air peeled' agar bertahan lebih lama dan tidak mudah rosak. 

Seorang pengguna Threads menyarankan agar bawang putih yang dikupas tidak dibasuh sebaliknya cukup sekadar lap dan disimpan di bahagian paling dalam peti ais kerana suhunya lebih sejuk. 

Cara itu juga membolehkan bawang putih dikupas itu tahan dalam simpanan sehingga dua minggu. 

Perkongsian petua dari netizen.

Selain itu, seorang lagi warganet turut menyarankan agar bawang putih berkenaan direndam setengah jam dalam campuran cuka dan air lalu dibilas bersih serta dibiarkan kering. 

Tip itu membantu bawang putih tahan lama, tak cepat tumbuh pucuk atau lebam. Jika inginkan hasil lebih baik, simpan bawang itu dalam bekas bertutup dan dialas dengan tuala. 

Satu lagi petua berkesan adalah dengan membuang bahagian keras atas bawang putih itu lalu dicincang dan simpan dalam beg plastik ziplock sebelum dibekukan untuk jangka hayat lebih lama tanpa merosakkan rasa atau aromanya. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

"Kena tutup ke tak?" - Wanita keliru cara betul guna microwave, rupanya ramai silap faham

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

7 tip, pantang larang masak sotong celup tepung! Salutan rangup, tak tertanggal

Terhangat