Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'
KALAU sebut mengenai penjagaan kesihatan kucing peliharaan, ramai sanggup berbelanja besar membeli pelbagai suplemen demi memastikan haiwan kesayangan kekal sihat dan aktif.
Selain makanan basah (wet food), pemilik kucing juga sering mencari alternatif tambahan bagi memastikan si manja mendapat nutrisi mencukupi.
Sebenarnya, ada cara lebih mudah dan semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di dapur, iaitu menghasilkan kolagen daripada air rebusan ikan.
Seorang wanita di laman Threads menarik perhatian ramai selepas dia menunjukkan hasil air rebusan ikan tongkol yang dijadikan makanan tambahan untuk kucing peliharaannya.
Menerusi video berdurasi 30 saat, dia memaparkan 'jeli' yang terhasil daripada air rebusan ikan yang disimpan di dalam peti sejuk sebelum dijadikan hidangan untuk si bulus.
"Rebus ikan tongkol dalam dua ekor yang besar, air rebusan itu saya letak dalam peti sejuk selama lima hari sebab terlupa nak bagi kat mereka... biasa simpan sehari semalam je dah jadi jeli tapi tak firm sangatlah macam ni," katanya.

Rata-rata pengguna tertarik dengan idea tersebut, malah wanita berkenaan turut berkongsi cara penyediaan lengkap suplemen semula jadi itu untuk si manja.
"Hanya rebus ikan tongkol sebab kucing saya makan isi ikan tongkol rebus, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. Bila dah sejuk simpan dalam peti ais semalaman atau sehingga menjadi jeli.
"Satu ekor ikan tongkol saiz besar. Kalau kecil gunakan dua ekor.
MENARIK DIBACA: Ramai rasa tertipu dapat tahu dori dimakan, dipuji enak selama ini sebenarnya ikan patin!
MENARIK DIBACA: Gulai ikan Kedah dipuji sedap, tak sama negeri lain... Orang utara dedah rempah rahsia, cara masa
"Ikan tongkol dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil kemudian masukkan air, sedikit garam laut dan minyak zaitun. Rebus sehingga ikan masak.
"Tapis air rebusan dan biarkan sejuk.
"Simpan dalam peti ais semalaman atau sehingga menjadi jeli. Siap untuk hidangan si meow," kongsinya.
Difahamkan jeli semula jadi tersebut berfungsi sebagai kolagen 'booster' untuk kucing, dipercayai dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit serta menjadikan bulu lebih berkilat serta menyokong kekuatan sendi.