Asam jawa ada kaca! Gigi, paku pun rupanya pernah ditemui dalam bahan sama
KEBERSIHAN bahan masakan sangat penting kerana ia melibatkan keselamatan pengguna.
Kehadiran benda asing dalam makanan atau bahan masakan semestinya mengundang bahaya serta risiko kesihatan terhadap manusia.
Seorang lelaki terkejut selepas mendakwa menemui cebisan kaca jernih di dalam pes asam jawa dibelinya, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kebersihan dan kawalan kualiti produk bahan masakan di pasaran.
Perkongsian pengguna itu menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik video menunjukkan pes asam jawa tersebut yang didakwa mengandungi benda asing berbahaya.
"Yang mana pakai 'brand' ni hati-hati. Nak masak guna asam jawa pun dah tak selamat zaman sekarang," tulisnya ringkas dalam hantaran di Threads.

Dalam video dikongsikan, dia dilihat mengasingkan cebisan kaca jernih itu sebelum membuangnya ke dalam singki kerana bimbang mendatangkan risiko jika termakan.
Insiden itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing, malah ada yang mendakwa jenama sama pernah tular susulan penemuan pelbagai benda asing.
Ada juga yang mendakwa pernah menemui sapu tangan berwarna biru, paku, gigi, getah dan serpihan kayu, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna terhadap aspek kebersihan serta pemprosesan produk berkenaan.
MENARIK DIBACA: Pasar raya Portugal kreatif susun produk, perkakas dapur diletak dekat bahan mentah
MENARIK DIBACA: Ketahui sebab Jepun tunjuk gambar petani pada sayur, buah-buahan ditanam dan dijual di pasar
"Asam jawa jenama ni memang kotor. Dulu dah pernah kena 'rush' kilang dia tapi hairan masih ada lagi. Saya pernah terdesak beli juga, ada kayu terus 'ban' produk dari kilang ni.
"Saya pernah jumpa stapler," antara komen netizen.
Ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memilih bahan masakan dan sentiasa memeriksa produk sebelum digunakan.
"Nak bagitahulah, kalau nak beli produk macam ni asam jawa, belacan, ikan kering.... carilah produk Bumiputera, lebih yakin nak masuk di dalam perut.

"Saya guna tu untuk basuh-basuh ikan saja.
"Brand ni dah penah viral. Hari tu orang jumpa paku dalam ni.
"Asam jawa tu pun tak ada label halal, tapi ramai beli asam jawa ni.
"Boikot terus jenama bermasalah ni, dah banyak kali 'problem' sepatutnya 'blacklist' terus di pasaran, buat naya kat orang je," kongsi warganet