Suami tiada fungsi dalam famili, cuma tahu 'main' telefon - "Aku beli barang dapur, dia relaks dalam kereta"
SEDIH rasanya apabila suami tak melayan isteri dengan baik, malah langsung tak menghargai pengorbanan pasangan.
Lebih malang lagi apabila suami langsung tidak menunjukkan rasa simpati dan sayangkan isteri yang sentiasa mahukan kesempurnaan dalam menguruskan hal rumah tangga, termasuk makan dan minum.
Demikian luahan hati seorang wanita tentang sikap suaminya yang juga tidak mengambil serius dalam soal perbelanjaan barangan dapur.
Menerusi perkongsian di Threads, dia mengakui berasa rasa geram dan kecewa dengan sikap suami yang sedikit pun tidak menghulurkan bantuan ketika mereka bersama-sama pergi membeli barang keperluan rumah.

"Sumpah aku penat nak hadap suami begini. Aku beli barang dapur, dia tunggu relaks dalam kereta.
"Aku minta tolong turun bukakan pintu, dia boleh cakap 'malas'! Sakit betul hati aku.
"Lepas tu masuk kereta, dia tanya beli banyak-banyak barang dapur nak tunjuk pada siapa?" luahnya.

Tambah wanita itu, suaminya memang langsung tidak pernah menunjukkan sikap mahu membantu dalam apa jua situasi, sebaliknya sibuk bermain telefon.
"Aku beli barang dapur yang habis di rumah, kau juga yang nak melantak!
"Sakit hati betul dapat suami begini. Aku angkat barang sorang-sorang sampai lenguh tangan, dia sibuk main telefon macam tak ada apa-apa jadi.
"Aku masuk rumah, susun barang dapur satu-satu, dia terus baring, tak tanya penat ke tak, hulur tangan ke. Langsung tak rasa bersalah," tulisnya.
MENARIK DIBACA: Tabiat minum 3 liter air gas sehari bawa padah, doktor keluarkan 35 biji batu karang dari pundi kencing
MENARIK DIBACA: Dari Kopitiam ke 1 Utama: ‘Teh Tarik Nation’ sambung tradisi minuman ikonik Malaysia
Menurut wanita itu, dia bukan mahu minta untuk dimanjakan, tapi cukup jika usahanya menguruskan keluarga dan keperluan rumah dihargai oleh suami.
"Aku bukan minta dimanja, cuma aku minta dihargai sikit.
"Tolong angkat barang, bukakan pintu. Benda kecil, tapi benda kecil inilah yang buatkan aku rasa seperti hidup seorang diri dalam rumah tangga.
"Bila aku tegur, suami cakap 'benda kecil je pun'. Kecil katanya," tambah wanita itu.

Katanya lagi, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga masih sayangkan lelaki yang menjadi pasangan hidupnya itu.
"Aku buat semua ini sebab tanggungjawab dan sebab sayang.
"Aku beli semua itu pun untuk rumah kita, untuk kau makan, untuk dapur kita yang kosong.
"Tapi akhirnya aku juga dipijak-pijak," katanya kesal.
Aku beli untuk kau makan, untuk dapur kita yang kosong
isteri
Perkongsian wanita malang itu tentang sikap suaminya meraih perhatian ramai pengguna Threads.
Malah ramai menzahirkan rasa simpati, selain meminta dia tegas terhadap suami yang bersikap sebegitu.
"Beli telur jer sis. Kalau dia tanya kenapa cakap penat.
"Selepas ini tak payah masak untuk keluarga, tak payah penat-penat. Makan untuk diri sendiri dan anak-anak," antara komen netizen.