info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Krisis Asia Barat: Stok bahan dakwat tak cukup, syarikat snek Jepun beralih ke pek hitam putih

Lead Image

SYARIKAT pengeluar snek terbesar Jepun, Calbee mengambil tindakan menukar bungkusan untuk 14 produk mereka kepada pek berwarna hitam dan putih ekoran masalah dakwat.

Langkah tersebut diputuskan selepas bekalan bahan dikenali sebagai 'naphtha', iaitu sejenis petroleum yang digunakan untuk menghasilkan dakwat cetakan berkurangan.

Menurut laporan berita antarabangsa, The Guardian, masalah stok 'naphtha' berpunca daripada sekatan di selat Hormuz, selain konflik di rantau Asia Barat sejak beberapa bulan lalu.

Langkah menukar bungkusan kepada hitam putih dibuat ekoran kekangan bahan dakwat yang dihadapi Calbee.

Menurut laporan itu, Jepun bergantung kepada import kira-kira 40 peratus keperluan 'naphtha' dari rantau tersebut, sekali gus memberi kesan terhadap produksi beberapa produk utama termasuk kentang popular, Calbee.

Susulan itu, Calbee yang diasaskan pada 1949 di Hiroshima bakal melancarkan penjenamaan pembungkusan produk dalam bentuk monokrom menjelang hujung Mei ini sebagai langkah penyelesaian terhadap kekangan bekalan bahan mentah.

MENARIK DIBACA: Remaja disleksia jual air tembikai tanpa harga, bayar seikhlas hati - "Saya tak kenal angka, tak pandai kira"

MENARIK DIBACA: Lelaki buntu, awek asyik 'reject' hanya sebab ada 'pakej' pandai dan rajin masak - "Di mana silapnya?"

Dalam masa yang sama, beberapa syarikat lain di Jepun turut mendakwa berdepan tekanan kos dan kekurangan bahan mentah, walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan negara masih stabil. 

Mereka turut memberi jaminan bahawa tiada gangguan segera terhadap bekalan dakwat atau bahan berkaitan yang dilaporkan setakat ini.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Suami tiada fungsi dalam famili, cuma tahu 'main' telefon - "Aku beli barang dapur, dia relaks dalam kereta"

Terhangat