Dari Kopitiam ke 1 Utama: ‘Teh Tarik Nation’ sambung tradisi minuman ikonik Malaysia
TEH tarik bukan sekadar minuman tetapi ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Daripada sarapan pagi di kopitiam, rehat tengah hari di pejabat, hinggalah waktu lepak malam di warung mamak, teh tarik sentiasa menjadi peneman setia.
Namun dalam kesibukan hidup moden, seni membancuh teh tarik semakin dilupakan.
Boleh dikatakan rasanya tidak lagi sama seperti dahulu, bersama kenangan yang semakin pudar.

Pasti ada di antara anda merindui teh tarik kaw yang penuh aroma, ramuan asli dan paling penting kualiti konsisten? Teh Tarik Nation adalah jawapannya!
Kini, jenama teh tarik itu menghidupkan semula warisan cita rasa autentik dan mutu yang tidak berubah.
Setiap cawan Signature Teh Tarik dibancuh segar menggunakan campuran eksklusif 11 jenis daun teh terbaik dari seluruh dunia — formula yang diperhalusi sejak lebih lapan dekad lalu.
Hasilnya, teh tarik yang kaya, beraroma dan seimbang mengembalikan pengalaman teh susu sebenar.
MENARIK DIBACA: Tabiat minum 3 liter air gas sehari bawa padah, doktor keluarkan 35 biji batu karang dari pundi kencing
MENARIK DIBACA: Satu gigitan cair di dalam mulut, keenakan putu piring memang tak boleh tolak

Kedai sulung Teh Tarik Nation di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya menawarkan pengalaman teh tarik yang menyeluruh dan asli.
Teh tariknya hadir menemani generasi lama yang ingin mengimbau rasa dan pada masa sama menarik minat anak muda untuk mengenal budaya sendiri.
Pendek cerita, Teh Tarik Nation menyatukan cita rasa klasik dengan sentuhan moden.
Selain Signature Teh Tarik, terdapat variasi tradisional seperti Wood-fire Roasted Kopi, Teh Halia dan Chai Masala — satu penghormatan kepada warisan minuman kita.

Bagi yang sukakan kelainan, pilihan seperti Teh Tarik Pandan, Teh Tarik Rose dan Teh Tarik Mint menampilkan rasa klasik dengan nuansa baharu.
Keunikan rasa Teh Tarik Pandan menawan deria dengan aroma harum daun pandan yang lembut dan menyegarkan.
Teh Tarik Rose pula memberikan rasa lemak manis disulami haruman bunga mawar, mencipta rasa elegan dan menenangkan.
Teh Tarik Mint hadir membangkitkan rasa segar menyelusup halus di tekak, sempurna untuk mereka yang mahu sesuatu ringan namun tetap memuaskan.

Tidak cukup dengan itu, Teh Tarik Nation turut menawarkan minuman inovatif seperti Slushy Tarik TTN, Black Pink Kopi Bandung, Hazelnut Orange Sunburst Kopi dan Chai Mala-salah — satu eksplorasi rasa yang berani, diinspirasikan daripada gabungan budaya dan kreativiti.
Tak terbayang campuran rasa kacang hazelnut yang kaya dan aroma oren segar menghasilkan rasa kopi unik, berlapis dan penuh kejutan.
Kesemua minuman ini dipadankan dengan juadah tempatan serta pencuci mulut ikonik seperti kek mentega premium yang melengkapkan pengalaman rasa secara sempurna.