KUALI | Menu Selebriti

[V] Masih lincah di usia 53 tahun... Air putih rahsia awet muda Norman KRU, dah lama tak sentuh kafein

Lead Image

MENITI usia 53 tahun, penyanyi Datuk Norman Abdul Halim masih kelihatan cergas dan lincah.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan figura yang memiliki bakat besar dalam bidang seni itu tetap kelihatan awet muda meskipun usianya telah melangkaui 50-an.

Buktinya, Norman yang juga merupakan anggota kumpulan KRU itu masih aktif di lapangan seni sehingga masih mampu beraksi di atas pentas ketika menjayakan konsert GenKRU selama empat malam berturut-turut di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei lalu.

Malah, Norman bersama dua anggota lain masing-masing Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim sekali lagi bakal menggegarkan pentas konsert menerusi GenKRU The Finale: One More Time di Staidum Hoki Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.

Selepas sekian lama tidak memasak, Norman mengakui telah lupa cara untuk memasak nasi goreng.

Norman ketika ditemui Kuali baru-baru ini memberitahu sudah lama tidak mengambil minuman berkafein seperti kopi dan memperbanyakkan minum air putih untuk penjagaan kesihatan.

"Pada usia sekarang, saya mula menjaga pengambilan minuman bergula dan banyak mengambil air putih.

"Saya tidak lagi ambil minuman berkafein. Untuk pemakanan pula, saya amalkan diet protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat.

"Tapi yang penting kena jaga waktu makan terutama malam. Kena tahu pukul berapa perlu berhenti makan," tegas Norman.

MENARIK DIBACA: Gadis 27 tahun maut kurang nutrisi, badan sampai cengkung taksub diet ‘fruitarian’

MENARIK DIBACA: Ini rupanya rahsia sambal belacan jadi sedap, buat stok sebulan terus simpan dalam peti ais

Ketika diajukan soalan sama ada dia cerewet tentang makanan, Norman berkata dia bukanlah seorang memilih soal makan, tetapi akan bosan jika makan juadah sama setiap hari.

"Terus terang, saya tak cerewet soal makan. Cuma saya tidak boleh makan jenis makanan sama untuk tengah hari dan makan malam. Saya akan bosan.

"Sama juga kalau lauk yang sama setiap minggu," katanya.

Sewaktu diusik tentang kebolehannya memasak, sambil ketawa Norman mengakui tidak memiliki kemahiran dalam bidang tersebut.

Norman menjadikan masakan kampung seperti lemak rebung, sambal kerang dan sambal ikan bilis petai sebagai menu kegemarannya.

Sebaliknya beranggapan lelaki tidak perlu memiliki kemahiran memasak dan menyerahkan tugas itu kepada mereka yang lebih pakar.

"Saya memang tak pandai memasak. Kalau sebelum ini saya boleh buat nasi goreng, tapi sekarang dah lupa sebab lama tak memasak.

"Lagi pun saya rasa lelaki tidak perlu ada kemahiran memasak sebenarnya. Serahkan sahaja pada yang pakar.

"Kepakaran saya adalah dalam bidang lain (seni). Jadi kerja memasak itu saya serahkan pada yang pakar atau paling senang saya beli sahaja," kata penggemar laksa dan nasi lemak itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Sedar usia semakin meningkat, Aeril Zafrel tak bertenaga tanpa suplemen - “Badan dah tak macam dulu”

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Kehidupan susah ‘bentuk’ selera Eman Manan, tak reti jamah makanan manis walaupun asal Pantai Timur

Terhangat