Gadis 27 tahun maut kurang nutrisi, badan sampai cengkung taksub diet ‘fruitarian’
GARA-GARA mengamalkan diet ekstrem 'fruitarian', seorang wanita muda berusia 27 tahun maut kerana kekurangan zat.
Kisah menimpa gadis asal Poland bernama Karolina Krzyzak itu terjadi apabila dia ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah vila mewah di Bali, Indonesia oleh seorang pekerja hotel pada Disember 2024.
Menurut laporan berita, ketika Karolina tiba di resort Sumberkima Hill di Bali, pekerja di resort tersebut terkejut melihat keadaannya yang sangat kurus dengan tulang bahu dan pipi terbonjol, manakala mata cengkung dengan wajah pucat.

Malah, seorang pekerja hotel terpaksa memapahnya pulang ke bilik selepas dia ditemui hampir pengsan di kawasan kolam renang dipercayai akibat kekurangan tenaga.
Difahamkan Karolina mengamalkan diet fruitarian iaitu hanya memakan buah-buahan sejak berusia 19 tahun dan 'veganisme' semasa menuntut di salah sebuah universiti di United Kingdom.
Lama-kelamaan, diet yang diamalkan menjadi semakin ketat sehingga dia menolak semua jenis makanan selain buah-buahan sehingga menyebabkan bandannya kekurangan sumber nutrisi lain.
MENARIK DIBACA: Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda
MENARIK DIBACA: Tart rangup sedap bersama susu premium RM3, mesti cuba!
Melihat keadaannya yang semakin kurus sehingga berat badannya hanya tinggal 22 kilogram, beberapa rakan terdekat telah beberapa kali menasihatinya untuk melakukan rawatan namun ditolak.
Terus dengan rutin diet ekstrem, Karolina mula mengalami beberapa masalah apabila tubuhnya perlahan-lahan menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat seperti kuku menjadi kuning, giginya mula mereput dan kulit menjadi kering.
Namun kedegilannya itu akhirnya telah meragut nyawanya akibat obsesi terhadap 'pemakanan sihat'.

Memetik laporan halodoc.com, diet fruitarian adalah sebutan untuk individu yang mengamalkan pengambilan sumber makanan berasaskan buah-buahan sahaja.
Mereka percaya, diet fruitarian memberikan banyak manfaat seperti membantu memperbaiki penglihatan, mengurangi risiko gigi berlubang dan mencegah masalah bau badan.
Bagaimanapun, program diet fruitarian mendapat tentangan hebat pakar pemakanan kerana boleh mendatangkan banyak risiko pada kesihatan seperti kekurangan nutrisi, masalah tulang dan gigi rapuh, bacaan gula tidak terkawal dalam darah serta kerosakan otot.