KUALI | Trending

Ingatkan selamat rupanya bahaya... Henti minum air panas guna cawan kertas, boleh tingkatkan risiko kanser

Lead Image

CAWAN kertas sering menjadi pilihan ramai sebagai alternatif lebih mesra alam berbanding cawan plastik terutama untuk minuman panas seperti kopi dan teh. 

Namun penggunaan cawan kertas sebenarnya berpotensi menjadi punca terdedah kepada mikroplastik dan bahan toksik lain terutama apabila digunakan untuk minuman panas.

Bayangkan jika setiap hari minum kopi atau teh panas dalam cawan kertas, tanpa sedar sedang kita menelan puluhan ribu zarah berbahaya.

 Lebih 25,000 partikel mikroplastik dilepaskan dalam 100ml air panas bagi tempoh 15 minit.

Menurut kajian dari Institute of Technology (IIT) di India, lebih 25,000 partikel mikroplastik dilepaskan dalam 100ml air panas hanya dalam tempoh 15 minit.

Kajian tersebut menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM) untuk mengesan zarah yang lebih halus mendapati terdapat lebih daripada 10.2 bilion partikel submikron per mililiter dalam jumlah cecair yang sama. 

Ini menunjukkan bahawa jumlah zarah mikroplastik yang dilepaskan sangat besar, termasuk zarah yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar.

MENARIK DIBACA: Semua restoran Ikea Malaysia dapat sijil halal Jakim

MENARIK DIBACA: Tiada lagi aiskrim, cokelat dan gula-gula... Ini senarai 12 jenis makanan dan minuman dilarang jual di sekolah

Selain daripada mikroplastik, kajian ini turut mengesan pembebasan ion toksik seperti fluorida, klorida, sulfat, nitrat, serta logam berat berbahaya termasuk plumbum (Pb), kromium (Cr), dan kadmium (Cd) daripada lapisan plastik yang digunakan di dalam cawan kertas tersebut.

Zarah mikroplastik sangat kecil boleh diserap ke dalam tubuh manusia dan memberi kesan buruk kepada kesihatan, termasuk gangguan sistem imun, keradangan kronik, masalah hormon dan gangguan endokrin.

Selain itu, zarah itu juga boleh menyebabkan risiko toksik organ seperti hati dan buah pinggang dan berpotensi meninggalkan kesan karsinogenik daripada bahan kimia dan logam berat selain kanser. 

Gantikan penggunaan cawan kertas kepada bekas keluli tahan karat dan cawan seramik.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan risiko, kita digalakkan untuk menggunakan cawan seramik, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk minuman panas.

Penggunaan cawan menggunakan bahan berkenaan juga selamat digunakan berulang kali.

Jika perlu guna cawan pakai buang, pilih produk bebas lapisan plastik atau menggunakan bahan biodegradable asli.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

'Duck orange with mango salsa' bawa tuah, 2 pelajar muncul juara pertandingan memasak MSSCC ke-28

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Gadis 27 tahun maut kurang nutrisi, badan sampai cengkung taksub diet ‘fruitarian’

Terhangat