KUALI | Petua

Saiz kecil, kesannya besar! Ketahui peranan buah keras dalam sedapkan rendang

Lead Image

BAGI individu yang baru mencuba masak rendang, cabarannya bukan sedikit kerana ia melibatkan teknik rumit dan pengalaman.

Paling penting daging kena empuk, kuah tak cair dan perlu mencapai tekstur pekat serta rasa sempurna.

Silap langkah, rendang boleh jadi terlalu cair atau kurang menyengat rasanya dan mungkin juga mengundang kritikan tetamu.

Sebenarnya, ada satu bahan rahsia boleh membantu menjadikan rendang lebih ‘menjadi’, iaitu buah keras.

Walaupun saiz kecil, peranannya cukup besar dalam menghasilkan rendang pekat, berlemak dan menyelerakan.

Buah keras juga banyak digunakan dalam masakan berkuah seperti gulai untuk tujuan sama.

Rendang menjadi lebih pekat menggunakan buah keras.

Jadi, dalam kesibukan membuat persediaan memasak rendang, apa kata tambah buah keras.

Besar kemungkinan akan dapat pujian melambung daripada tetamu.

Berikut adalah fungsi buah keras dalam rendang secara ringkas:

1. Memekatkan kuah

Buah keras bertindak sebagai agen pemekat semula jadi. Apabila dikisar bersama bahan lain, ia membantu menghasilkan kuah rendang yang lebih pekat dan tidak berair.

MENARIK DIBACA: Ketahui sebab Jepun tunjuk gambar petani pada sayur, buah-buahan ditanam dan dijual di pasar

MENARIK DIBACA: [V] Emelda masuk dapur sedia juadah hari raya, Adlin Aman Ramlie kata orang Jawa kena ada lontong

2. Menambah rasa lemak

Kandungan minyak semula jadi dalam buah keras memberi rasa lemak yang lebih ‘padu’, menjadikan rendang lebih kaya dengan gabungan rasa dan sedap.

3. Mengikat bahan dan rempah

Buah keras membantu menyatukan semua bahan kisar dan rempah, menjadikan tekstur kuah rendang lebih sebati dan tidak 'terpisah' ketika dimasak lama.

Buah keras banyak digunakan sebagai bahan semula jadi pekatkan kuah.

Tip guna buah keras

- Sangai atau goreng tanpa minyak terlebih dahulu untuk mengeluarkan aroma dan minyak semula jadi.

- Gunakan lesung batu atau pengisar untuk menghasilkan pes halus.

- Simpan buah keras di tempat kering dan sejuk agar tidak cepat tengik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Tutup makanan, letak senduk atas lauk bukan suka-suka... Ada maksud dalam Islam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Wanita kongsi petua nelayan, penjual ikan.... Seafood, daging kekal segar lepas sebulan

Terhangat