Gigih belajar demi jimat RM1,500... Wanita bangga sekali cuba, sourdough jadi sempurna!
BAGI sesetengah individu kejayaan besar mungkin diukur melalui kerjaya hebat atau memiliki barangan mewah, namun bagi mereka yang minat dunia 'baking' melihat roti yang dibuat sempurna hasilnya sudah cukup membahagiakan.
Begitulah perasaan seorang wanita apabila percubaan pertamanya menghasilkan roti sourdough sendiri berjaya tanpa perlu menghadiri sebarang kelas.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita dikenali sebagai Khalidah Abd Hadi itu meluahkan rasa teruja apabila roti itu menjadi seperti mana diidamkan.

"Apa 'achievement' terbesar korang? My 'biggest achievement' setakat ni, dapat buat sourdough loaf sendiri tanpa pergi mana-mana kelas pun.
"Husband nak daftarkan kelas belajar buat sourdough yang harga RM1,500, tapi gigihlah belajar buat sendiri untuk 'first time' dan Alhamdulillah menjadi sebab RM1,500 tu banyak," kongsinya.
Menurut Khalidah, dia juga belum memiliki peralatan premium yang sering digunakan oleh penggemar 'baking' tetapi tetap bersyukur dengan apa yang ada.
MENARIK DIBACA: Rebus dengan daun salam, cara hilangkan bau hamis hati lembu
MENARIK DIBACA: Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai
"Nak minta Le Creuset macam jauh sangat lagi, tapi casserole Pyrex pun dah gembira.
"Semalam berjaya buat sourdough loaf dan sourdough focaccia, lepas enam hari bagi makan. So, pagi ni 'breakfast' ala-ala kafe tapi dekat rumah je," ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika mula belajar menghasilkan sourdough sendiri.
"Faham sangat 'excitement' tu sebab kitaorang pun macam tu masa pertama kali buat. Husband I tak tahu apa-apa pun dia 'excited' nak tunggu hasil masa potong. Seronok kan proses buat sourdough ni. Macam jaga anak. Congrats on your first loaf!
"Kita sama la sis, sanggup belajar sendiri je sebab macam nak pergi kelas tu harga pun fikir banyak kali kan. Selagi tak 'surrender', selagi tu usaha.
"Alhamdulillah memang best buat sendiri. Boleh 'restock' bila habis stok sourdough. Saya pun buat jualan juga," antara komen pengguna Threads.
Tidak kurang juga yang tampil mengaku sudah bertahun-tahun belajar secara sendiri melalui kaedah cuba jaya.
"Been there done that. Belajar sendiri juga dah lebih dari tiga tahun," komen seorang netizen.

Sementara itu, ada yang turut mengakui proses membuat sourdough memerlukan kesabaran tinggi dan disiplin untuk menjaga 'starter' setiap hari.
"Wah bestnyaaa menjadi! Kita pula tak ada kesabaran nak 'bake' sourdough," tulis pengguna media sosial lain.
Kadangkala, kepuasan sebenar bukan terletak pada peralatan mahal atau kelas eksklusif, tetapi rasa bangga apabila berjaya menghasilkan sesuatu dengan usaha dan tangan sendiri.
Sourdough ialah roti yang menggunakan yis semula jadi dan bakteria baik untuk mengembangkan doh, bukannya yis segera (instant yeast) yang biasa dijual dalam paket.
Prosesnya bermula dengan membuat 'starter' sourdough, iaitu campuran tepung dan air yang diperam beberapa hari.
Dalam tempoh itu, yis liar dan bakteria asid laktik dari persekitaran akan membiak secara semula jadi.
Membuat sourdough mengambil masa lebih lama kerana proses fermentasi.
Berbeza dengan roti biasa, sourdough rasanya sedikit masam, tekstur lebih kenyal dan berongga.
Bahgaian kulit roti biasanya lebih tebal dan rangup.