KUALI | Tip & Trik

Rebus dengan daun salam, cara hilangkan bau hamis hati lembu

Lead Image

TAK dinafikan, bau hamis hati lembu memang boleh 'potong' selera untuk makan, walaupun rasanya lazat dan kaya khasiat.

Malah, teksturnya yang mudah hancur pula kadang-kadang menyukarkan proses memasak.

Masalah ini sebenarnya boleh dielakkan jika cara penyediaan dan teknik memasak dilakukan dengan betul.

Berikut beberapa tip mudah untuk jadikan hati lembu lebih empuk, berperisa dan kurang berbau.

Warna tak sekata tanda hati lembu kurang segar.

1. Pilih hati lembu segar

Elakkan membeli hati yang berwarna tidak sekata, mempunyai tompokan gelap atau berlubang kerana ini menandakan ia sudah tidak segar.

Hati lembu segar biasanya berwarna merah gelap sekata, kelihatan bersih dan tidak mempunyai bau hanyir menyengat.

Cuci hati lembu sehingga bersih menggunakan air mengalir.

2. Cuci sehingga bersih

Proses ini penting untuk menyingkirkan kotoran dan sisa darah yang masih melekat pada permukaan hati.

Pastikan hati dibasuh beberapa kali sehingga air bilasan menjadi jernih, bantu kurangkan bau hamis.

Daun salam dapat menghilangkan bau hamis.

3. Rebus seketika 

Bagi mengurangkan bau hamis, hati lembu boleh direbus seketika dalam air mendidih.

Tambahkan daun salam ke dalam air rebusan bagi membantu meneutralkan bau yang kurang menyenangkan.

MENARIK DIBACA: Sama tapi tak serupa, warna cili benggala berbeza rasa dan tekstur

MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi air soda laici, rasa pedas manis menyegarkan tekak

Namun, elakkan merebus terlalu lama kerana hati lembu boleh berubah keras apabila terdedah kepada suhu panas.

Goreng seketika untuk dapatkan tekstur keras pada permukaan.

4. Goreng seketika sebelum dimasak

Satu lagi cara ialah menggoreng hati lembu dalam minyak seketika sehingga permukaannya sedikit keras.

Teknik ini membantu menutup pori-pori hati lembu supaya perapan lebih melekat dan teksturnya tidak mudah hancur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Kepala hampir botak akibat rambut gugur, 2 bahan ini kembalikan keyakinan anda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

Terhangat