Ini rupanya rahsia sambal belacan jadi sedap, buat stok sebulan terus simpan dalam peti ais
HIDANGAN ringkas seperti nasi berlaukkan telur dadar dan ulam-ulaman akan terasa lebih nikmat kalau dimakan bersama sambal belacan.
Rasa pedas dan masam yang menyatu pada sambal belacan bukan sahaja membuatkan hidangan terasa lengkap, tetapi juga boleh membangkitkan selera.
Walaupun cara membuat sambal belacan tidaklah begitu rumit, namun jika mahu mendapatkan rasa sambal belacan yang betul-betul sedap, bahan yang digunakan perlulah lengkap.
MENARIK DIBACA: Siapa kata ibu baru bersalin tak boleh makan sedap? Ini 5 menu boleh dicuba ketika berpantang 44 hari
MENARIK DIBACA: Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’
Untuk penggemar sambal belacan, kali ini Kuali kongsikan resipi membuat sambal belacan untuk stok selama sebulan oleh Oh Ki Na.
Nak makan nanti tak perlu susah-susah nak menumbuk sambal belacan lagi. Mudah dan paling penting sedap!
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 biji tomato
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland (saiz sederhana)
- 300 gram buku belacan
- 1 sudu besar pes asam jawa
- Gula
- Garam
- Air masak/mineral (Jangan guna air paip)
Bahan B
- 20-25 tangkai cili merah besar
- 10-15 tangkai cili padi (hijau)
Langkah penyediaan
- Kisar sehingga halus semua bahan A.
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kisar kasar.
- Masukkan sambal belacan yang telah disiap dikisar ke dalam bekas bersih dan simpan di dalam peti sejuk.
Tip
- Jangan guna air paip
- Simpan sambal belacan di bahagian chiller.
- Gunakan sudu bersih ketika cedok sambal belacan.
- Pastikan bekas menyimpan sambal belacan sentiasa dalam keadaan bersih.
- Jika ada air dalam sambal belacan, buang air tersebut supaya sambal belacan tahan lebih lama.