Tiktoker tunjuk cara mudah buat roti puri, tak payah yis tetap kembang cantik
KALAU anda pernah ke restoran mamak, mesti pernah nampak roti puri - roti bulat kecil yang digoreng hingga kembung dan gebu.
Sebenarnya, nak buat roti puri di rumah pun mudah sahaja kerana bahan-bahannya cukup ringkas dan senang didapati.
Biasanya, yis digunakan untuk membantu menaikkan doh roti.

Namun, menariknya resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan Mill.Anwar ini langsung tidak menggunakan yis tetapi hasilnya tetap menjadi dan kembang cantik apabila digoreng.
Hidangan ini sangat sesuai dijadikan sarapan, minum petang, ataupun dinikmati bersama kuah kari, sambal sardin, mahupun lauk kegemaran anda.
Berikut cara penyediaan roti puri perkongsian Mill.Anwar di laman TikTok.
MENARIK DIBACA: Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap
MENARIK DIBACA: [V] Asyik rebus pun bosan juga, apa kata cuba resipi puding kastard jagung
Bahan-bahan
- 1 ½ cawan tepung gandum
- Garam secubit
- 2 sudu besar minyak
- Air secukupnya
Cara Penyediaan
- Masukkan tepung gandum, garam, minyak dan air ke dalam mangkuk.
- Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Kepalkan doh menjadi bulat-bulat kecil dan rehatkan selama 20–30 minit.
- Ambil satu doh kecil, canai nipis menggunakan rolling pin (jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal).
- Tekap dengan mangkuk kecil supaya saiznya sekata.
- Panaskan minyak dan goreng adunan yang siap ditekap. Simbah sedikit minyak panas ke bahagian atas untuk membantu doh cepat kembang.
- Angkat apabila roti puri sudah kembung dan keperangan.