Daging rebus masak air asam resipi ‘pejam mata’ tapi buat bertambah nasi
KALAU di rumah ada stok daging dalam peti sejuk, apa kata cuba resipi mudah daging rebus masak air asam boleh membuatkan seisi keluarga makan bertambah.
Hanya menggunakan bahan asas seperti daging, air asam jawa dan lada, resipi ini sangat sesuai untuk mak-mak sibuk tetapi mahu sajikan hidangan menyelerakan dan lengkap.
Keenakan resipi ini terletak pada gabungan rasa masam dari air asam jawa dan pedas daripada lada meresap dalam daging rebus empuk.
MENARIK DIBACA: Kudapan rangup buat ramai terliur, ini resipi pancake telur ala drama ‘Bon Appetit, Your Majesty’
MENARIK DIBACA: Sedap betul ayam lemon, campuran sos plum buat anak-anak berebut makan!
Jadi, peminat masakan kampung yang ringkas tapi penuh rasa, inilah resipi perlu dicuba.
Bahan-bahan
- 500g daging (dihiris nipis atau dipotong sederhana)
- 3 sudu besar air asam jawa
- 5 biji cili merah dan hijau (ikut tahap pedas diingini)
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 1cm halia (dihiris halus)
- 4 ulas bawang putih (potong kecil)
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukup rasa
- Air secukupnya
Cara penyediaan
- Masukkan daging ke dalam periuk bersama sedikit air dan rebus hingga empuk. (Boleh juga guna pressure cooker untuk lebih cepat.)
- Panaskan air asam jawa lalu campurkan daging sudah direbus empuk.
- Apabila air sedikit kering, campur bawang besar dan bawang putih serta halia.
- Tambah serbuk kunyit dan cili hijau dan merah.
- Siap untuk dihidang!
Tip : Jika mahu berkuah, tambah sedikit air.