KUALI | Resipi Tradisi

Semerbak baunya, anak-anak 'confirm' berebut makan... Jom cuba resipi kek pisang Mr. Ali

Lead Image

KALAU anda membesar pada era 90-an, pasti anda masih ingat bau harum kek pisang yang keluar dari dapur setiap kali ibu atau nenek membakarnya.

Teksturnya yang gebu serta manis-manis pisang – itulah rasa zaman kanak-kanak yang susah nak cari.

Menurut pempengaruh masakan Mr. Ali, resipi kek pisang ini datang daripada ibunya sendiri dan sudah menjadi kegemaran keluarga sejak dulu lagi.

Resipi kek pisang ini sesuai dihidang untuk seisi keluarga.

Bezanya, kali ini ditambah dengan sedikit sentuhan moden iaitu coklat gelap atau coklat cip untuk hasil yang lebih moist dan kaya rasa.

Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 8 inci – sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau dibawa sebagai buah tangan.

MENARIK DIBACA: [V] Asyik rebus pun bosan juga, apa kata cuba resipi puding kastard jagung

MENARIK DIBACA: Tak payah ke Kelantan cari Akok, jom ikut resipi cara tradisional Richard is Cooking

Berikut adalah resipi kek pisang coklat daripada Mr. Ali yang anda boleh cuba sendiri di rumah:

Bahan-bahan

Bahan basah

  • 4 biji telur gred A
  • 1 ½ cawan gula perang
  • 5 biji pisang jelai berangan (dilenyek dan biarkan 10–15 minit)
  • 1 cawan minyak masak atau minyak jagung
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil ovalet

Bahan kering (ayak bersama)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu makan serbuk koko

Bahan tambahan

  • 100g dark chocolate compound / callets / chocolate chips
  • Hiasan: hirisan pisang (jangan terlalu nipis)

Cara penyediaan

  1. Sediakan bahan kering - Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Kisar bahan basah - Masukkan telur, gula perang, pisang yang sudah dilenyek, minyak, esen vanila, garam dan ovalet ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuang adunan kisar ke dalam bahan kering yang sudah diayak. Gaul rata sehingga tidak berbintil.
  4. Asingkan adunan kepada dua mangkuk. Dalam salah satu mangkuk, masukkan dua sudu makan serbuk koko tambahan dan kacau sebati. 
  5. Masukkan juga chocolate compound/callets/choc chips.
  6. Sapukan loyang 8 inci dengan butter atau spray dengan canola cooking spray.
  7. Masukkan adunan berselang-seli (adunan biasa dan adunan coklat) untuk menghasilkan corak marble.
  8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170°C selama kira-kira 45 minit (bergantung pada oven). Uji dengan mencucuk pisau atau lidi – jika keluar bersih, kek sudah masak.

Tip Tambahan

  1. Gunakan pisang yang masak ranum untuk rasa lebih manis dan aroma lebih wangi.
  2. Jika mahu lebih moist, tambah sedikit susu cair atau susu pekat manis (kurangkan gula jika guna susu pekat).
  3. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum potong supaya tekstur kek lebih cantik.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Daging rebus masak air asam resipi ‘pejam mata’ tapi buat bertambah nasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap

Terhangat