KUALI | Menu Viral

Campuran kopi dan nasi, 'Bapmericano' mula jadi trend di Korea Selatan

Lead Image

SELALU kita minum kopi dengan biskut atau roti sebagai kudapan, tapi siapa sangka, ia juga boleh dipadankan dengan nasi putih?

Di Korea Seletan, muncul trend kulinari terbaharu dalam kalangan netizen dikenali sebagai Bapmericano.

Nama unik ini berasal daripada gabungan dua bahan utama iaitu Bap (nasi dalam Bahasa Korea) dan Americano (sejenis kopi hitam).

Menerusi satu video viral, seorang influencer makanan Korea berkongsi resipi dengan mencampurkan nasi panas bersama ais dan Americano.

Ada yang menyamakan Bapmericano dengan sajian Jepun, Ochzuke.

Menurutnya, hidangan ini sesuai untuk pencinta kopi yang mahu menikmati makanan berat sambil hilangkan keinginan minum kopi.

"Saya makan ini bila mengantuk atau tiada selera nak makan," katanya menerusi kapsyen.

Video itu tular dalam sekelip mata, meraih 10 juta tontonan di laman SNS di Korea Selatan.

MENARIK DIBACA: Rasa ‘gurih’ sambal ayam pop memang menggoda, ada pula pandai-pandai ubah resipi asal

MENARIK DIBACA: Wanita selamba kunyah isi kelapa dengan tempurungnya sekali, makin layan cicah dengan kuah rojak

Ia mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan netizen malah ramai yang teruja untuk mencuba sendiri sajian pelik itu.

Rata-rata mereka memberikan reaksi geli atau terkejut, tetapi ada juga yang mengakui kombinasi ini kena dengan tekak mereka.

Menariknya, ada yang menyamakan Bapmericano dengan sajian Jepun Ochazuke, iaitu nasi dicampur dengan teh hijau dan pelbagai topping.

Tidak hairanlah jika trend makananan ini bakal memasuki Malaysia kelak memandangkan ia cukup mudah disediakan di rumah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Tip tambah biskut kering pekatkan sambal jadi perdebatan, dianggap mengarut dan sudah lapuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Wanita selamba kunyah isi kelapa dengan tempurungnya sekali, makin layan cicah dengan kuah rojak

Terhangat