KUALI | Trending

Kenali The Blue Java, pisang unik berkulit biru… Rasanya berkrim macam aiskrim vanila

Lead Image

PERNAH lihat pisang kulitnya berwarna biru? Mungkin kedengaran pelik, namun ternyata ia memang wujud dan boleh ditemui di beberapa buah negara di Asia Tenggara, terutamanya di Filipina.

Dikenali sebagai The Blue Java, buah beriklim tropika itu merupakan sejenis tumbuhan kultivar dan bersifat tahan lasak.

Selain Filipina, The Blue Java juga boleh ditemui di beberapa kawasan lain seperti Hawaii dan Amerika Tengah.

Pisang dengan kulit berwarna biru kehijauan ini boleh ditemui di Filipina dan Hawaii.

Uniknya pisang ini memiliki kulit berwarna biru kehijauan ketika muda sebelum bertukar kepada kuning pucat selepas matang.

Bahkan The Blue Java juga dikatakan memiliki rasa seperti aiskrim vanila dengan tekstur lembut dan manis.

Walaupun kulitnya berwarna biru kehijauan, The Blue Java memiliki isi berwarna putih berkrim, sama persis seperti aiskrim vanila.

MENARIK DIBACA: Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu

MENARIK DIBACA: Ada beza cendol Malaysia dan Thailand, campuran air kelapa muda beri kelainan

Tidak hairanlah, pisang yang memiliki saiz antara 18 hingga 23 sentimeter (cm) ini turut digelar sebagai pisang aiskrim vanila.

Menurut Pusat Penyelidikan Pertanian Hawaii, The Blue Java merupakan spesis buah terhasil daripada kacukan antara pisang musa acuminata atau dikenali sebagai  pisang karok dengan pisang muse balbisiana (pisang raja).

Walaupun tumbuh di kawasan beriklim tropika, The Blue Java ini boleh bertahan dalam cuaca sejuk sehingga mencecah -7 darjah Celsius, asalkan mendapat sumber cahaya matahari mencukupi.

The Blue Java boleh bertahan dalam cuaca sejuk sehingga mencecah -7 darjah Celsius.

Kerana teksturnya berkrim dan rasanya mirip dengan kastard vanila, pisang ini sesuai dimakan bersama ais krim. 

Malah, ramai membandingkan rasa pisang ini dengan rasa ais krim vanila atau puding vanila!

Oleh kerana sifatnya yang unik, The Blue Java juga dianggap sebagai salah satu pisang paling sedap di dunia.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kopi paling mahal di dunia ada di Dubai, RM4,000 secawan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kajian dapati lipas hasilkan susu 3 kali lebih berkhasiat berbanding susu lembu

Terhangat