KUALI | Menu Viral

Wanita selamba kunyah isi kelapa dengan tempurungnya sekali, makin layan cicah dengan kuah rojak

Lead Image

SEJAK kebelakangan ini, populariti kandungan mukbang berbentuk ekstrem semakin mendapat tempat di hati penonton.

Disebabkan itu ramai pencipta kandungan mula tampil dengan video menampilkan mereka menikmati makanan pelik demi mendapatkan tanda suka dan tontonan.

Seorang influencer dari Indonesia berjaya mencuri perhatian apabila tampil menikmati isi kelapa bersama tempurungnya atau lebih dikenali sebagai batok kelapa dalam kalangan masyarakat tempatan.

Influencer wanita dikenali sebagai Rhenyta itu dilihat menikmati isi kelapa dan tempurungnya yang dipotong sebelum dicicah dengan pes rojak sebagai penambah rasa.

Antara komen netizen.

Reaksi wajah wanita ini yang tenang menikmati makanan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi warga maya.

Ada yang khuatir dengan keadaan gigi wanita itu kerana tempurung kelapa diratah mentah kelihatan keras.

Namun menu yang disangka sekadar konten sensasi itu rupa-rupanya bukan sesuatu yang baharu bagi sesetengah masyarakat di desa.

MENARIK DIBACA: Setiap negeri ada keunikan tersendiri, jenis laksa mana kegemaran anda?

MENARIK DIBACA: Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus

Makan isi kelapa dan tempurung muda sebenarnya diamalkan sejak dulu dan ada juga warga maya merindui snek berkenaan.

Ramai turut berkongsi pengalaman menikmati snek itu bersama campuran asam, garam dan cili untuk rasa segar.

“Itu batok kelapa yang masih muda. Dulu saya kecil juga sering makan begitu.

“Sama, enak jika dimakan begitu manis rasanya. Jika sekrang ada saya juga ingin makan lagi.

“Kalau di kampung saya namakan kelapa ini kelapa cekir, rasanya manis,” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Campuran kopi dan nasi, 'Bapmericano' mula jadi trend di Korea Selatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Bunga kertas boleh dijadikan teh, campur madu kelulut dan halia lagi umph!

Terhangat