KUALI | Menu Viral

Bunga kertas boleh dijadikan teh, campur madu kelulut dan halia lagi umph!

Lead Image

KEBANYAKAN daripada kita mengenali bunga bougainvillea atau lebih mesra dipanggil bunga kertas sebagai tanaman hiasan yang menceriakan halaman rumah.

Dengan pelbagai warna seperti merah jambu, ungu, jingga dan putih, bunga ini menjadi simbol keindahan tropika yang cukup sinonim dengan suasana di Malaysia.

Namun, di sebalik keindahan kelopak nipisnya itu, tahukah anda bahawa bunga bougainvillea sebenarnya boleh dijadikan minuman teh yang berkhasiat?

Meskipun baru tular di media sosial, minuman ini telah diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Asia dan Amerika Selatan.

Pokok bougainvillea merupakan simbol keindahan tropika.

Menurut amalan tradisional, kelopak bougainvillea dikeringkan dan dijadikan teh herba bagi membantu melegakan batuk, sakit tekak serta keradangan ringan.

Menariknya, ada yang gemar mencampurkan teh bougainvillea dengan madu kelulut atau hirisan halia bagi melegakan badan ketika cuaca tak menentu.

Secawan teh bougainvillea bukan sahaja menyegarkan, malah memberi rasa tenang selepas seharian bekerja.

MENARIK DIBACA: “Mentang-mentang tengah FOMO, kau lenjan jual Green Tea Thai!” - Netizen dedah tak semua matcha itu asli

MENARIK DIBACA: Mangga kering banyak manfaat, nak selamat pilih tanpa gula tambahan dan pengawet 

Rasanya lembut dan ringan, seakan campuran antara bunga raya dan ros, menjadikan ia pilihan semula jadi untuk merehatkan minda.

Jika anda mempunyai pokok bougainvillea yang merimbun di halaman rumah, jangan pangkas!

Sebenarnya, anda sudah pun memiliki ‘kebun teh mini’ di rumah sendiri.

Cuma pastikan bunganya tidak disembur racun serangga, supaya minuman benar-benar semula jadi dan selamat diminum.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Wanita selamba kunyah isi kelapa dengan tempurungnya sekali, makin layan cicah dengan kuah rojak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk

Terhangat