KUALI | Trending

Bukan sekadar dapur amal, Kembara Kitchen sumber inspirasi kemanusiaan dunia... Perkenal ‘Hero Meals’ tahan 2 tahun

Lead Image

SEMUANYA bermula dengan satu periuk besar dan niat ikhlas mahu membantu golongan yang ditimpa musibah.

Ketika banjir besar melanda negara beberapa tahun lalu, sekumpulan sukarelawan tampil menghulurkan bantuan dengan menyediakan makanan panas buat mangsa terperangkap dan kehilangan tempat tinggal.

Menggunakan dapur kecil dengan sumber terhad, kumpulan sukarelawan itu nekad meneruskan misi bantuan dan sejak itu usaha itu mula berkembang menjadi sebuah organisasi dikenali sebagai Kembara Kitchen.

Kembara Kithchen memberi fokus kepada bantuan makanan dan keperluan.

Tanpa perancangan besar atau modal yang lumayan, Kembara Kitchen kekal komited dengan peranan utamanya menyediakan makanan buat mereka yang memerlukan, terutamanya dalam situasi kecemasan.

Salah satu inisiatif utama diketengahkan adalah menerusi Hero Meals, makanan sedia dimakan direka khusus suapaya mampu tahan lama sehingga dua tahun tanpa perlu disejukkan.

Ciri ini menjadikan Hero Meals sebagai pilihan ideal dalam operasi bantuan kecemasan, terutamanya di kawasan terputus bekalan elektrik, kemudahan asas atau sedang dilanda bencana dan peperangan.

Setiap pek makanan bukan sahaja mudah diagihkan, malah menjimatkan masa dan tenaga sukarelawan di lapangan.

MENARIK DIBACA: Enam jenis bunga ini boleh dimakan! Cef tunjuk cara buat manisan memikat selera

MENARIK DIBACA: [V] Rupanya pucat dan rasanya hambar! Cicah dengan sambal ‘berapi’ baru tahu kehebatan sate taichan

Misi bantuan merentasi sempadan

Kini, usaha Kembara Kitchen tidak lagi terhad dalam negara sahaja sebaliknya organisasi ini melangkah ke pentas antarabangsa.

Terbaharu mereka menyokong pelbagai misi bantuan kemanusiaan global termasuk ke Turkiye dan Palestinkawasan terkesan akibat bencana alam dan konflik berpanjangan.

Dengan menggunakan kepakaran tempatan dan semangat kesukarelawanan tinggi, Kembara Kitchen membuktikan bahawa usaha kecil mampu memberi impak besar, asalkan dilakukan dengan konsisten dan penuh keikhlasan.

Selain operasi bantuan, Kembara Kitchen turut mengendalikan perusahaan sosial di bawah label Santapan Meals — jenama makanan sedia makan berkualiti tinggi dijual kepada orang ramai.

Setiap pembelian Santapan Meals disajikan kepada pelanggan, turut menyumbang kepada dana pengeluaran Hero Meals.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

‘Tangan sejuk’ David Beckham sesuai berkebun, geram tengok bawang tanamannya gemuk-gemuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kita dah lama kena ‘game’! Kebanyakan restoran bagi wasabi tiruan, campuran lobak dan sos biji sawi

Terhangat