KUALI | Trending

Kita dah lama kena ‘game’! Kebanyakan restoran bagi wasabi tiruan, campuran lobak dan sos biji sawi

Lead Image

BAGI pencinta sashimi, menikmati hirisan ikan mentah segar tanpa wasabi ibarat makan sup tanpa garam - kurang ‘kick’ dan lengkap.

Selain menambah rasa pedas unik, mencicah wasabi pada sashimi juga memberi penghormatan kepada tradisi kulinari Jepun.

Namun, ramai tidak sedar di sebalik warna hijau terang dan rasa menyengat kebanyakan wasabi dinikmati sebenarnya adalah tiruan jauh berbeza dengan wasabi asli dari Jepun.

Menurut portal Taste Atlas, wasabi asli mempunyai tekstur segar dan sedikit berbutir kerana ia diparut dari bahagian batang akar pokok wasabia japonica.

Tak lengkap sushi tanpa wasabi.

Akar pokok ini tumbuh secara semula jadi di kawasan lembab dan berbatu di pegunungan Jepun mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk matang.

Tumbuhan ini memerlukan persekitaran sangat teliti seperti air mengalir bersih, suhu sejuk dan tanah sesuai menjadikan ia sukar untuk ditanam secara besar-besaran.

Keunikan rasa wasabi asli juga membuatkan harganya tinggi mencecah lebih RM600 sekilogram menjadikannya salah satu tanaman paling mahal di dunia.

MENARIK DIBACA: Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk

MENARIK DIBACA: Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus

Penghasilan wasabi juga berbeza apabila akar pokok ini harus diparut halus menggunakan parutan khas lazimnya diperbuat daripada kulit jerung untuk menghasilkan pes hijau muda.

Wasabi asli memiliki rasa lebih kompleks dengan sedikit kemanisan dan kepedasan lembut serta cepat hilang selepas dimakan.

Kaedah penghasilan wasabi tiruan adalah secara industri menggunakan bahan campuran serbuk lobak pedas, mustard dan pewarna makanan hijau dikisar, dicampur serta dibungkus dalam bentuk pes atau serbuk.

Akar pokok wasabi tumbuh secara semula jadi di kawasan lembab dan berbatu di pegunungan Jepun.

Berbanding wasabi asli, wasabi tiruan mempunyai beberapa kesan memberi impak kepada kesihatan bergantung kepada kandungan bahan tambahan dan kuantiti pengambilan.

Pengambilan wasabi ini boleh mengakibatkan iritasi pada mulut dan saluran pencernaan terutama jika diambil dalam jumlah banyak.

Sesetengah individu juga boleh mengalami reaksi alergi kepada mustard atau bahan pewarna dalam wasabi tiruan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bukan sekadar dapur amal, Kembara Kitchen sumber inspirasi kemanusiaan dunia... Perkenal ‘Hero Meals’ tahan 2 tahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

[V] Dua cawangan dapat sijil halal, Luckin Coffee promosi minuman RM3.99

Terhangat