KUALI | Trending

[V] Dua cawangan dapat sijil halal, Luckin Coffee promosi minuman RM3.99

Lead Image

DUA cawangan jenama kopi, Luckin Coffee Malaysia kini memperoleh pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Khamis.

Cawangan berkenaan termasuklah di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri, Cheras.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee, Dr. Jeff Lim, pencapaian tersebut menandakan komitmen mereka menyajikan minuman berkualiti serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

Ini merupakan komitmen kami bagi memastikan setiap pelanggan dapat menikmati Luckin Coffee dengan kepercayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee, Dr. Jeff Lim, harap menjelang 2026 semua premis kopi ini mempunyai sijil halal.

Ia bukan sekadar memberi jaminan kepada komuniti, tetapi juga membina pilihan yang lebih selamat, diyakini dan penuh keyakinan untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Jeff berkongsi perkara itu ketika majlis meraikan penjsijilan Halal Luckin Coffee Malaysia yang berlangsung di Menara Hextar, Petaling Jaya pada Khamis.

Penyerahaan sijil turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Halal Jakim, Hairul Ariffien Sahari.

Tambahnya lagi, usaha mereka dapat dilihat apabila sebuah pasukan khas Halal dan jaminan kualiti ditubuhkan bagi memastikan pematuhan yang ketat dalam aspek penyediaan produk sehingga operasi.

MENARIK DIBACA: Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam

MENARIK DIBACA: Suka beli barang dalam keadaan ‘bawah’ sedar, ini 5 tip elak mak-mak lari bajet setiap bulan

Bahkan sebelum Luckin Coffee secara rasmi menembusi pasaran Malaysia, memperoleh

pensijilan Halal telah menjadi keutamaan utama kami.

“Kami telah menubuhkan pasukan khas Halal dan jaminan kualiti untuk memantau dari segi pemilihan pembekal dan bahan mentah, amalan premis, sehinggalah kepada cara penyediaan dan penyajian minuman kami,” jelasnya.

Apabila ditanya mengeni perancangan untuk mendapatkan sijil halal bagi semua premis Luckin Coffee, Jeff menjelaskan dua cawangan pertama ini merupakan langkah permulaan sebelum mereka memperluas pensijilan ke cawangan lain.

Dua cawangan pertama ini adalah langkah percubaan, kemudian kami akan hantar permohonan untuk batch kedua untuk 10 outlet lain.

“Kami harap menjelang awal tahun depan kita dapat pastikan semua premis kita mempunyai sijil halal.

Luckin Coffee menawarkan promosi istimewa iaitu RM3.99 untuk semua minuman pada 30 hingga 31 Oktober 2025.

“Kami bekerja keras, bagi saya ini adalah proses berterusan memandangkan kami pun masih dalam fasa mengembangkan perniagaan.

Sejak menembusi pasaran Malaysia, jenama kopi asal China ini sudah mempunyai 50 cawangan di seluruh Malaysia terutama di kawasan lembah Klang.

Sebagai meraikan kejayaan ini dan menghargai sokongan pelanggan, Luckin Coffee menawarkan promosi istimewa iaitu RM3.99 untuk semua minuman pada 30 hingga 31 Oktober 2025.

Promosi itu bakal berlangsung di semua cawangan Lembah Klang kecuali di Highlands Hotel, Genting Highland, Pahang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari aplikasi Luckin Coffee atau saluran rasmi media sosial mereka.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kita dah lama kena ‘game’! Kebanyakan restoran bagi wasabi tiruan, campuran lobak dan sos biji sawi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Bimbang lapar ketika hiking, ini 5 makanan mudah disediakan tapi mengenyangkan

Terhangat