KUALI | Trending

Bimbang lapar ketika hiking, ini 5 makanan mudah disediakan tapi mengenyangkan

Lead Image

AKTIVITI 'hiking' kini semakin menjadi aktiviti popular yang bukan sahaja sebagai cara untuk bersenam malah 'healing' sambil menikmati keindahan alam semula jadi. 

Tapi, untuk pastikan pengalaman hiking menjadi seronok dan lancar, satu perkara penting dan paling utama adalah pemilihan makanan yang betul.

Kalau salah bawa makanan, boleh jadi separuh jalan sudah pun berasa letih lemah dan tak bermaya.

Silap-silap boleh ganggu 'mood' dan suasana nak mendaki. 

Jadi, agaknya apa jenis makanan sesuai dan mudah dibawa ketika hiking? 

Berikut adalah beberapa cadangan makanan yang sedap dan berkhasiat malah sesuai juga untuk anda yang kurang mahir memasak!

Burritos sangat mudah disediakan di rumah dan sesuai dimakan ketika mendaki.

1. Burritos dan sandwich

Makanan jenis ini sangat popular kerana mudah dibawa dan dimakan ketika dalam perjalanan. 

Wrap dan burritos biasanya diisi dengan bahan-bahan yang kaya dengan protein seperti ayam, telur, daging serta sayur-sayuran segar membantu memberikan tenaga berterusan. 

MENARIK DIBACA: Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam

MENARIK DIBACA: Suka beli barang dalam keadaan ‘bawah’ sedar, ini 5 tip elak mak-mak lari bajet setiap bulan

Selain itu, ia tidak mudah bersepah dan boleh dimakan tanpa menggunakan pinggan atau sudu, sangat praktikal apabila mendaki atau berjalan jauh. 

Lagi mudah kalau anda sediakan sendiri di rumah dengan bahan kegemaran, sekali gus memastikan ia lebih sihat dan sedap.

Pek makanan segera membantu mengisi perut dengan cepat dan tahan lebih lama.

2. Pek makanan segera 

Makanan segera seperti nasi, mi kering, lauk segera atau oatmeal sangat membantu untuk mengisi perut dengan cepat terutama semasa rehat. 

Oatmeal pula adalah pilihan sajian sangat baik kerana ia kaya dengan serat dan karbohidrat lengkap memberikan tenaga berpanjangan. 

Pilihan lauk segera pula mudah disediakan dan boleh memberi rasa kenyang lebih lama. 

Pastikan anda bawa air secukupnya untuk memudahkan penyediaan makanan ini di tempat rehat.

Makanan ringan seperti kekacang mudah untuk dimakan sepanjang aktiviti pendakian.

3. Makanan ringan

Makanan ringan seperti kekacang sangat bagus untuk aktiviti pendakian kerana kandungan protein dan lemak sihat yang tinggi boleh membantu badan kekal bertenaga.

Coklat pula memberikan tenaga segera kerana kandungan gulanya yang cepat diserap badan. 

Pemilihan biskut dan roti pula mudah dibawa dan dimakan pada bila-bila masa sebagai snek. 

Ia juga tidak mudah rosak walaupun dibiarkan lama di dalam beg. Jadi, anda boleh ambil snek ini secara berkala untuk elakkan rasa lapar dan lemah.

Buah-buahan segar juga penting untuk mengekalkan tenaga dan kenyang lebih lama.

4. Buah-buahan dan telur rebus

Buah-buahan segar seperti epal, pisang, oren atau anggur sangat sesuai dibawa kerana ia kaya dengan vitamin dan air yang membantu tubuh kekal terhidrat. 

Pisang khususnya tinggi dengan potassium yang baik untuk fungsi otot dapat membantu membekalkan tenaga.

Telur rebus pula sumber protein yang sangat baik dan mudah dibawa tanpa perlu dimasak semula. Ia membantu dalam pembaikan otot dan rasa kenyang lebih lama.

Buat anda yang merancang untuk berehat lebih lama, pilihan menu bbq simple juga sesuai untuk dibawa hiking.

5. Bbq simple

Kalau anda merancang untuk berhenti rehat lama atau berkhemah, aktiviti BBQ 'simple' adalah pilihan yang menyeronokkan dan memberi kepuasan tersendiri. 

Selain bakar sosej anda juga boleh membawa jagung dan kentang sebagai pilihan tambahan. 

Jagung dan kentang bukan sahaja sedap tetapi juga mengandungi karbohidrat yang membantu menambah tenaga. 

Aktiviti membakar makanan juga boleh menjadi cara yang baik untuk menghangatkan badan terutama bila cuaca sejuk.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

[V] Dua cawangan dapat sijil halal, Luckin Coffee promosi minuman RM3.99

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

ZUS Coffee tutup operasi 23 Oktober, tanda penghargaan buat Zuristas dan pelanggan setia

Terhangat