KUALI | Trending

ZUS Coffee tutup operasi 23 Oktober, tanda penghargaan buat Zuristas dan pelanggan setia

Lead Image

RAKYAT Malaysia sudah pasti tidak asing lagi dengan nikmat secawan kopi sama ada waktu sarapan atau petang hari sebagai teman santai.

Lebih menarik, pelbagai kafe kopi pilihan kini semakin rancak berkembang dan mendapat tempat di hati ramai di seluruh negara.

Lagi menyedihkan, pasti ada yang tak senang duduk kalau jenama pilihan mereka tiba-tiba mula menghentikan operasi sepenuhnya.

Ada juga yang beralih dan meneroka kafe kopi lain yang bahkan juga sedap dan rasanya mungkin hampir sama.

ZUS Coffee menerusi hantaran kenyataan di Facebook mengumunkan penutupan satu hari bagi menghargai pekerja semperna pembukaa cawangan ke-1,000.

Antara paling digemari salah satunya ZUS Coffee sebuah jenama yang sinonim dengan rasa dan kehangatan kopi.

Jika anda salah seorang peminat setia ZUS Coffee, pastinya berita penutupan kafe jenama ini mengejutkan ramai.

Tetapi jangan risau, kerana jenama kopi tempatan yang terkenal ini masih lagi bernafas dan tidak akan tutup sepenuhnya!

ZUS Coffee sebaliknya hanya akan menghentikan operasi pada Khamis, 23 Oktober 2025.

Namun, berita ini sebenarnya bukan penutupan kekal sebaliknya penutupan sementara selama satu hari sahaja sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan pekerja.

MENARIK DIBACA: Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk

MENARIK DIBACA: Peach gum resipi rahsia masyarakat Cina miliki kulit cantik dan halus

Langkah ini diambil untuk meraikan pencapaian besar mereka iaitu pembukaan cawangan ke-1,000.

“Setiap satu daripada 999 cawangan kami wujud kerana anda para Zuristas, pelanggan setia, pasukan hebat dan rakan kongsi kami. 

“Anda semua membina jenama ini bersama kami, secawan demi secawan,” memetik hantaran ZUS Coffee di Facebook.

Jadi kepada semua 'coffee lover' jangan panik, ZUS Coffee akan menutup beberapa cawangan selepas jam 6 petang manakala yang lain akan beroperasi seperti biasa iaitu;

Tutup selepas pukul 6:

1 Utama Shopping Centre

Hospital Aurelius, Negeri Sembilan

Kompleks SOGO, Kuala Lumpur

KPJ Ipoh Specialist Hospital

Mid Valley Megamall

Pavilion Bukit Jalil

Plaza Shah Alam

Sungei Wang Plaza

Sunway Giza Mall

Sunway Kluang Mall

Sunway Pyramid

Sunway Velocity Mall

Suria KLCC

The Exchange TRX

The Mall Mid Valley Southkey

ZUS, Coffee Meets Pastry, 1 Utama Shopping Centre

Alamanda Shopping Centre

Beroperasi seperti biasa:

Domestic Departure Gate A Terminal 1 KLIA

Johor Premium Outlets (Food Court)

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Food Garden)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bimbang lapar ketika hiking, ini 5 makanan mudah disediakan tapi mengenyangkan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nama Malaysia mekar di persada antarabangsa, Jason Loo dapat tempat keempat Kejohanan Barista Dunia 2025

Terhangat