Rasa ‘gurih’ sambal ayam pop memang menggoda, ada pula pandai-pandai ubah resipi asal

AYAM pop merupakan salah satu sajian tersohor di Indonesia kegemaran ramai dan turut menjadi buruan rakyat Malaysia setiap kali ke negara tersebut.
Dikenali dengan rasa lembut dan berjus hasil direbus bersama rempah, ayam pop biasanya disajikan bersama kuah sambal pedas manis yang membangkitkan rasa dagingnya.
Sambalnya pula diperbuat daripada bahan-bahan utama seperti cili kering atau cili padi merah, bawang besar, bawang putih dan tomato bagi menambah rasa masam.

Tapi ada pula yang mengolah resipi tersbebut apabila menghidangkan sajian itu bersama sos berwarna hijau seakan-akan matcha.
Disebabkan itu, muncul perdebatan dalam kalangan netizen yang menganggap tidak semua makanan itu perlu diubah sehingga merosakkan rasa asalnya.
Ramai skeptikal memandangkan sebelum ini tular nasi goreng matcha yang membuatkan ramai kembang tekak.
MENARIK DIBACA: Tak ada bunga kantan nak masak asam pedas? Mak-mak boleh guna bahan ini sebagai pengganti
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!
Video dimuat naik oleh pempengaruh popular Indonesia iaitu @kulinerjogyaid itu sebenarnya bukan matcha tetapi sos hijau itu menggunakan bayam yang dikisar halus.
Penggunaan sayur hijau ini memberikan warna semula jadi dan rasa unik selain tidak terlalu berempah tetapi tetap berperisa.
Bagi penggemar kulinari negara jiran, adakah anda mahu mencuba juadah tersebut kalau bercuti ke Indonesia?