KUALI | Menu Viral

Belum reda kegilaan tiramisu, kini giliran mochi yogurt jadi buruan

Lead Image

TREND makanan viral bukan lagi perkara asing di Malaysia apatah lagi dengan wujudnya kuasa media sosial pada hari ini.

Setiap kali muncul menu baharu, dengan sekelip mata sahaja ia boleh menjadi tular dan mencuri perhatian ramai.

Jika sebelum ini kita dilanda musim tiramisu sampai menimbulkan macam-macam perdebatan, kini perhatian beralih pula kepada satu lagi pencuci mulut iaitu mochi yogurt.

Berbeza dengan mochi tradisional dari Jepun, versi Malaysia ini tampil dengan keunikan tersendiri yang belum pernah didadapti dimana-mana.

Tekstur kenyal dan lembut pada mochi melengkapkan lagi rasa inti yogurt.

Asalnya, mochi merupakan sajian klasik dihidangkan dalam saiz kecil dan diisi dengan inti seperti pes kacang merah atau bijan.

Namun, hasil cetusan idea dan kreativiti rakyat Malaysia, hidangan itu diolah semula kepada bentuk yang lebih besar, hampir sebesar bola tenis.

Bukan itu sahaja, ia turut dipadankan dengan isi yogurt pelbagai perisa yang sejuk, lembut serta menyegarkan. 

Kebiasaanya inti yogurt digabungkan dengan buah-buahan seperti strawberi, kiwi dan beri biru yang bukan sahaja menaikkan keenakkan malah mencantikkan lagi rupa hidangan.

Selepas mochi dibalut, ia disalutkan dengan pelbagai jenis topping menarik.

Malah, kepelbagaian topping tambahan seperti sos coklat, cebisan biskut (crumble), atau serbuk coklat menambahkan lagi kepuasan dalam setiap gigitan.

Bayangkan, bahagian luar mochi lembut dan kenyal, manakala bahagian dalam pula sejuk berkrim melengkapkan kombinasi rasa pada setiap gigitan.

Tak hairanlah, ramai yang sanggup beratur panjang malah ada menempuh perjalanan jauh semata-mata mahu menikmati sendiri mochi yogurt viral.

Jadi mana satu pilihan anda? Mochi tradisional atau yang diolah?

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Waffle berbentuk kasut Crocs jadi kegilaan di China, sudah mula masuk Malaysia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Sate kangkung viral di negara jiran, sayur dipanggang bersama sos pedas manis menggoda selera

Terhangat