Sate kangkung viral di negara jiran, sayur dipanggang bersama sos pedas manis menggoda selera

SATE ayam, lembu, arnab, kerang, ikan, atau sotong biasa dinikmati, tapi kali ini fenomena sate kangkung dari negara jiran sedang mencuri perhatian ramai!
Sejak beberapa hari lalu, muncul pelbagai video sate kangkung dimana sayur itu ditusuk, dipanggang dan disalut dengan sos pedas manis kelihatan cukup menggoda selera.
Menggunakan bahan ringkas seperti daging cincang, bawang putih dan bawang merah dicincang halus dalam sos pedas cukup membangkit aroma.

Tambahan kicap manis dan sos tiram dicampur menjadikan sayur dipanggang itu lengkap dengan rasa masin manis.
Resipi itu dipercayai menjadi viral dalam masa singkat apabila pencipta kandungan dari Indonesia, Mursyid Zona memperkenalkan resepi mudah berkenaan menerusi media sosial.
MENARIK DIBACA: Belum reda kegilaan tiramisu, kini giliran mochi yogurt jadi buruan
MENARIK DIBACA: [V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam
Soalannya, adakah trend satay kangkung bakal menjadi perbualan dan ikutan pengguna media sosial di Malaysia dan jadi fenomena?
Jika dilihat dari budaya makan tempatan, masyarakat memang sentiasa terbuka dan gemar eksperimen, jadi tidak mustahil!

Lebih lagi, kangkung antara sayur kegemaran dan mudah didapati pada harga murah.
Mungkin dalam tempoh beberapa hari Sate Kangkung akan mula menghiasi suasana bazar atau gerai jalanan di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang lazimnya menjadi titik tumpu.
Jadi, jangan terkejut dalam tempoh terdekat kangkung jadi bintang makanan viral di negara ini.