info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Suami masak makaroni goreng 'crispy' untuk anak, isteri tengok terus sakit kepala

Lead Image

PERKONGSIAN seorang wanita tentang air tangan 'istimewa' suaminya membuatkan warganet terhibur.

Bagaimanapun bagi dirinya yang bergelar isteri, perasaannya bercampur baur apabila mengetahui tentang sajian yang disediakan suami untuk anak mereka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, wanita tersebut berkongsi foto makaroni goreng yang dimasak pasangannya di rumah dan dia ketika itu masih berada di pejabat.

Perkongsian seorang isteri tentang gelagat suaminya menyediakan hidangan makaroni goreng untuk anak mereka.

"Korang, aku suruh suami aku buat makaroni goreng untuk anak aku makan.

"Lepas tu dia hantar gambar macam ni. Aku dekat office tak tahan nak gelak sampai tergolek.

"Aku harap anak aku dapat bertahan sampai pukul 7 malam nanti. Aduh! sakit kepala macam ni!" kongsinya di laman sosial.

MENARIK DIBACA: Puas cari rahsia, rupanya ayam masak merah majlis kenduri sedap letak oren Sunquick

MENARIK DIBACA: Teknik ‘no oil no butter’ jadi trend, makanan sihat dimasak influencer buat ramai terliur

Berdasarkan gambar yang dikongsi, kelihatan makaroni digoreng terus di dalam kuali berisi minyak tanpa direbus terlebih dahulu untuk melembutkannya.

Selain itu, kelihatan juga bawang dihiris kasar dan ditumis di dalam kuali tersebut.

Perkongsian gambar tangkap layar perbualan pasangan suami isteri itu menunjukkan bahawa si isteri ada memberitahu makaroni tersebut perlu direndam sehinga kembang.

Malangnya si suami bertindak lebih pantas apabila terus menggorengnya di dalam minyak panas.

Apabila isteri memberitahu bahawa teknik memasak makaroni sama seperti spageti, lelaki itu memberikan alasan dia cuma tahu menggoreng mi dan tidak pernah memasak makaroni atau pasta lain sebelum ini.

Makaroni goreng perlu direndam atau direbus terlebih dahulu sehingga lembut sebelum digoreng.

"Tak pernah. Mi goreng je pernah," katanya dalam perbualan WhatsApp dengan isteri.

Gara-gara gagal menyediakan hidangan makaroni goreng untuk anaknya, lelaki itu akhirnya memutuskan untuk membeli sahaja makanan sebagai langkah terbaik.

"Tak yakinlah sayang. Aku beli je lah," katanya.

Perkongsian kisah itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan.

Komen beberapa orang netizen yang turut terhibur melihat pasangan suami isteri itu.

Malah ada yang memuji tahap keyakinan dan keberaniannya untuk cuba memasak walaupun tidak mahir.

"Kira lakimu berani la juga siap menumis. Lakiku dengar idea suruh dia masak terus serah diri.

"Nasib baik dia bagi gambar. Kalau tidak rangup makaroni anak awak.

"Tak apa sis asalkan dia mencuba untuk kenyangkan perut anak walaupun salah langkah," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Goreng sekali kulit, ada bawang dan rempah... Cekodok pisang versi India tular!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lelaki tolak trend 'air mangkuk', suruh pesan 2 gelas kalau tak cukup - "Macam cebok jamban"

Terhangat