info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Lelaki tolak trend 'air mangkuk', suruh pesan 2 gelas kalau tak cukup - "Macam cebok jamban"

Lead Image

KALAU singgah makan di restoran mamak atau kedai makan, mesti ramai pernah ditanya sama ada mahu 'air cawan' atau 'air mangkuk'.

Bagi sesetengah pelanggan, semestinya 'air mangkuk' jadi pilihan kerana kuantitinya lebih banyak dan puas diminum.

Namun bagi seorang pengguna Threads, dia mengakui langsung tak memahami logik di sebalik konsep 'air mangkuk' yang kini jadi trend.

Menerusi hantarannya yang tular, lelaki itu menyifatkan minuman dalam plastik yang kemudiannya diletakkan dalam bekas atau mangkuk sebagai pelik.

Lelaki itu menyIfatkan penggunaan plastik bungkusan yang diletakkan dalam bekas plastik sebagai pelik.

"Kenapa nak kena minum dalam plastik bungkusan, lepas tu letak dalam bekas yang kadang-kadang macam cebok jamban?

"Kalau dalam gelas tak cukup, 'order' tambah je. Apa rasionalnya konsep 'dalam mangkuk' ni?" soalnya.

Bukan itu sahaja, cara hidangan tersebut juga dianggap mencemarkan alam sekitar gara-gara penggunaan plastik yang banyak.

"Kita nak kurangkan penggunaan plastik sekali pakai, diaorang ni lagi menambahkan plastik sekali pakai," jelasnya.

MENARIK DIBACA: Teman anak makan roti canai, lelaki ini perasan ramai ‘geng plastik hitam’… Pekerja siap bungkus hantar ke kereta

MENARIK DIBACA: Ada rahsia buat teh tarik berlemak, sekali hirup memang boleh ketagih

Malah, dia berpendapat penggunaan mangkuk juga bukan jaminan minuman itu bersih kerana ia mungkin digunakan berulang kali tanpa dicuci.

"Fikir balik, pakai mangkuk macam tu lagi tak 'hygienic'. Orang yang minum sebelum awak lepas pergi tandas pun tak basuh tangan, pegang bekas tu nak minum.

"Mamak cuma buang plastik tu, simpan bekas untuk pengguna seterusnya," katanya lagi.

Komen netizen di laman media sosial.

Bagaimanapun di ruangan komen, ramai netizen tampil membidas kenyataan itu dan menegaskan konsep itu sudah lama menjadi kebiasaan di restoran.

"Orang kaya takkan faham. 'Order' guna mangkuk lagi bersih berbanding cawan yang basuh ala kadar.

"Orang kaya buatlah cara orang kaya, 'order' dua cawan. Orang miskin buat cara orang miskin, 'order' air mangkuk. Tak boleh duduk dengan B40, pergilah fine dining," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Suami masak makaroni goreng 'crispy' untuk anak, isteri tengok terus sakit kepala

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Anak ular ditemui dalam makanan bantuan kerajaan cetus kebimbangan kumpulan penerima

Terhangat