info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Anak ular ditemui dalam makanan bantuan kerajaan cetus kebimbangan kumpulan penerima

Lead Image

BANTUAN keperluan asas seperti makanan daripada kerajaan sepatutnya bersih dan selamat untuk dimakan.

Bagaimanapun lain pula kisah seorang wanita hamil yang berdepan pengalaman mengerikan selepas menemui bangkai anak ular di dalam bungkusan makanan bantuan yang diterimanya.

Vachhala Bai Dhurve, menerima bungkusan makanan berisi laddu, sejenis snek tradisional India yang diberikan sebagai suplemen nutrisi menerusi program bantuan kerajaan.

Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut laporan media tempatan, bangkai anak ular itu ditemui ketika ahli keluarganya membuka bungkusan makanan tersebut di rumah.

Penemuan mengejutkan itu segera dilaporkan kepada petugas program yang bertanggungjawab mengagihkan bantuan makanan, serta pihak berkuasa.

Insiden di Kampung Karghat Kamthi, India tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat yang mula mempersoalkan tahap kebersihan dan kawalan kualiti makanan yang diedarkan kepada rakyat.

Susulan itu, beberapa pegawai daripada Jabatan Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak bersama pihak polis dan pegawai kerajaan tempatan telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

MENARIK DIBACA: Rupa ikan tilan nampak je 'ngeri', rasanya sangat sedap lagi-lagi masak kari!

MENARIK DIBACA: Peniaga Thai guna minyak paket Malaysia dipersoal - “Kita kena had, sana jual suka hati?”

Bungkusan makanan yang mengandungi bangkai anak ular itu turut dirampas sebagai bahan bukti untuk siasatan lanjut.

Pada masa sama, wakil pihak berkuasa memberitahu sampel makanan turut dihantar ke makmal bagi mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian dalam proses penyediaan, pembungkusan atau pengedaran makanan tersebut.

"Sampel makanan daripada bungkusan itu telah diambil oleh pegawai keselamatan makanan dan dihantar ke Pusat Ujian Makanan Negeri di Bhopal untuk dianalisis," katanya.

Tindakan lanjut akan diambil selepas keputusan ujian makmal dan laporan siasatan rasmi diperoleh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Lelaki tolak trend 'air mangkuk', suruh pesan 2 gelas kalau tak cukup - "Macam cebok jamban"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ramai tak kisah majlis kahwin buat waktu pagi... Jamu bihun dan teh O, sebelum Zuhur dah selesai

Terhangat