KUALI | Viral

Rupa ikan tilan nampak je 'ngeri', rasanya sangat sedap lagi-lagi masak kari!

Lead Image

DI Malaysia memang terdapat banyak spesies ikan, sama ada laut atau air tawar.

Ikan dari kedua-dua habitat itu mempunyai keunikan dari segi bentuk dan rasanya tersendiri.

Bagaimanapun, hakikatnya dalam masyarakat kita ramai yang tidak gemar dengan ikan air tawar atas beberapa alasan dan faktor.

Antara ikan air tawar yang popular dan digemari ramai termasuklah keli, tilapia, patin, haruan, puyu dan banyak lagi.

Perkongsian pengguna tersebut mencuri perhatian ramai.

Seorang pengguna di Threads mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gambar hidangan kari ikan tilan.

Menurutnya, ikan tersebut bukan sahaja boleh dimakan, malah isinya sangat sedap, lebih-lebih lagi jika dimasak kari atau asam pedas.

“Ikan tilan. Boleh dimakan dan isinya sedap. Sedap dibuat kari, asam pedas.

“Sekali tengok macam batik. Dua kali tengok bercorak. Tiga kali tengok… aduhhh. Macam mana nak makan?” tulisnya.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen ‘kembang tekak’ gara-gara kulit ikan tilan yang dipaparkan dalam gambar tersebut dikatakan menyerupai corak ular sawa batik.

MENARIK DIBACA: Nikmat asam rebus ikan naik ke 'next level' lepas tambah nanas, bunga kantan

MENARIK DIBACA: Tiga ikan popular ini makin pupus di lautan, jarang nampak dijual di pasaran

Untuk info, ikan tilan mempunyai bentuk seakan-akan belut, namun siripnya halus seperti duri yang tersusun di sepanjang badannya. 

Tubuhnya pula agak pipih dan unik berbanding ikan air tawar lain, dan isinya pula sangat lembut seperti ikan salmon.

Bagaimanapun hasil semakan Kuali, ikan tilan memang akan kelihatan seperti corak batik, tapi bukan semua individu akan nampak motif itu dengan jelas.

Secara amnya corak di badan ikan tilan ada yang berbelang-belang, bertompok gelap dan mempunyai corak beralun, berfungsi sebagai penyamaran untuk bantu ia bersembunyi dalam lumpur atau pasir.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan berasa kurang senang melihat rupa ikan berkenaan.

Tidak kurang juga yang mendakwa gambar tersebut mungkin telah diubah suai kerana menurut mereka, ikan tilan sebenar tidak kelihatan sebegitu.

“Ya Allah saya tak pernah tengok… auto perut saya bergelora. Maafkan akak dik.

Komen netizen di laman Threads.

“Yang gambar kanan tu badan ular sawa.

"Takde maknanya ikan tilan rupa gitu,” antara komen netizen.

Dalam masa sama, ada juga anak jati Pahang tampil berkongsi cara memasak ikan tilan yang biasa diamalkan oleh keluarga mereka.

“Kalau cara arwah emak saya (Temerloh), kami bakar atas api dulu. Lepas tu kulit ikan disiat dan dibuang. Kemudian baru masak kari.

“Sedap, tekstur dia liat sikit. Bila dah siap masak, nampak macam ayam potong 16 je,” jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Cef Zaini buktikan Malaysia Boleh! Raih ranking ke-92, tempat ke-17 terpantas kejohanan piza dunia di Itali

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Onedha bangkit, buka restoran lepas kemalangan! Pelanggan mat salih puji, orang tempatan pula geli masakan OKU

Terhangat