KUALI | Tradisi

Puas cari rahsia, rupanya ayam masak merah majlis kenduri sedap letak oren Sunquick

Lead Image

KADANG-kadang tekak teringin nak makan ayam masak merah ala majlis kenduri, tapi memang susah nak jumpa di kedai yang sama rasa.

Jangan risau sebab anda sebenarnya boleh buat di rumah menggunakan resipi perkongsian pengguna Threads sfs_kitchen.

Menariknya, resipi ni menggunakan pati oren Sunquick sebagai penambah rasa, menggantikan atau melengkapkan elemen masam manis daripada puri atau sos tomato yang biasa digunakan.

Ada yang menggelarkan ayam masak Sunquick sebagai versi ‘twist’ kepada hidangan klasik ayam masak merah.

Jom Kuali kongsi resipinya:-

Ayam masak sunquick adalah versi ‘twist’ kepada hidangan klasik ayam masak merah.

Bahan-bahan

  • Ayam 
  • Kunyit
  • Minyak
  • Serai (dititik)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Sos cili
  • Pati oren Sunquick
  • Garam 
  • Gula 
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Bawang besar (dipotong bulat)

MENARIK DIBACA: Mahu hidangan ayam masak merah lebih aroma, rahsianya tambah daun pandan

MENARIK DIBACA: Kuah pekat, aroma rempah bikin perut berbunyi! Berbaloi masak sendiri gulai ayam Kelantan

Cara penyediaan

  1. Perap ayam bersama kunyit. Kemudian goreng sehingga masak.
  2. Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi dalam kuali.
  3. Masukkan serai yang telah diketuk, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang merah kisar, bawang putih kisar dan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  5. Tambahkan sedikit sos cili dan kacau sebati.
  6. Tuangkan oren Sunquick secukupnya untuk dapatkan rasa masam manis.
  7. Masukkan garam, gula, serbuk perasa
  8. Tabur bawang besar
  9. Sedia untuk dihidangkan
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Ayam ungkep sama tapi tak serupa rendang... Keenakannya bikin tersandar lepas makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Nasi kentut unik dari Medan... Awalnya bau tak enak, harum satu dapur lepas dimasak

Terhangat