KA jawab kenapa Rembayung tak boleh 'walk in' - "Orang tua akan penat, anak kecil menangis"
SELEPAS hampir enam bulan beroperasi, restoran Rembayung milik pempengaruh Khairul Aming (KA) masih menjadi antara lokasi makan paling laris di Kuala Lumpur.
Walaupun sambutan luar biasa diterima, ramai individu mengakui mereka masih gagal mendapatkan slot tempahan meskipun sudah berkali-kali mencuba.
Situasi itu menyebabkan ada netizen mencadangkan supaya Rembayung memperkenalkan sistem walk in bagi memberi peluang kepada pelanggan yang sanggup datang lebih awal.

Menurut mereka, kaedah tersebut lebih mudah untuk mendapatkan tempat tanpa perlu bersaing merebut slot yang sering habis dalam tempoh singkat.
Tampil memberi respon atas cadangan itu, Khairul menjelaskan sistem tersebut sukar dilaksanakan selepas mengambil kira lokasi restorannya.
Menurut KA, dia tidak sanggup melihat pelanggan terutama warga emas dan keluarga yang membawa anak kecil terpaksa beratur atau menunggu lama dalam keadaan cuaca terik.
"The reason saya tak buat walk in Rembayung sebab lokasi berbeza. Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dalam panas.
MENARIK DIBACA: Asyik gagal 'battle', slot Rembayung disyaki dikaut 'scalpers'! Ada yang dah tawar hati, merajuk dengan sistem
MENARIK DIBACA: Khairul Aming tak sentap dikritik, terus perbaiki kualiti kuih muih di Rembayung
"Orang tua akan penat, anak kecil akan menangis, nak guna tandas susah, nak solat susah, belum campur isu parkir dan trafik yang akan ganggu peniaga serta penduduk sekitar," katanya menerusi hantaran di laman Threads pada Isnin.
Tambahnya, sistem tempahan yang digunakan ketika ini sebenarnya lebih praktikal kerana pelanggan tidak perlu menunggu lama atau risau kehabisan tempat.
"Dengan reservation, pelanggan turun kereta dan terus masuk ke kedai. Tak perlu beratur dan meja dijamin ada untuk pelanggan. Kita nak utamakan keselesaan pelanggan," ujarnya.
Penjelasan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang bersetuju dengan pendirian KA dan beranggapan sistem walk in hanya akan menyebabkan pelanggan terpaksa beratur berjam-jam tanpa jaminan mendapat tempat.
Tidak kurang juga yang berpendapat masalah sebenar bukanlah sistem tempahan itu sendiri, sebaliknya kewujudan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa mengambil kesempatan menjual slot tempahan kepada orang lain.
"Isu dia sekarang 'scalper' jadikan slot itu macam bisnes mereka. Mereka ambil keuntungan atas slot itu. KA kena fikir macam mana nak selesaikan masalah ini.
"The problem is potential customer tak selesa dengan sistem reservation awak," antara komen netizen.