Asyik gagal 'battle', slot Rembayung disyaki dikaut 'scalpers'! Ada yang dah tawar hati, merajuk dengan sistem
TAK dinafikan, pengaruh Khairul Aming (KA) memang tiada tandingan sampaikan restorannya, Rembayung yang dibuka Januari lalu masih lagi menerima sambutan luar biasa sehingga kini.
Malah, sistem tempahan yang disediakan sering 'sesak' dengan pengikutnya yang mahu mencuba sendiri menu ditawarkan selain ingin merasai pengalaman makan di restoran berkenaan.
Bagaimanapun, timbul dakwaan bahawa sistem itu dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab atau 'scalpers' untuk mengaut keuntungan lebih sehingga pelanggan sebenar sukar mendapatkan slot.

Perkara ini diluahkan seorang pengguna media sosial yang menyatakan impiannya untuk makan di restoran tersebut masih belum kesampaian walaupun sudah berkali-kali mencuba mendapatkan slot.
“Hai @Khairulaming, saya rasa kebarangkalian untuk dapat slot di Rembayung secara 'organic' sangatlah tipis sampai pelanggan yang 'genuine' nak makan dan berbelanja di restoran KA terpaksa beli dari 'resellers' dengan harga yang dah 'markup' atas angin,” tulisnya.
Tambah individu itu lagi, dia berharap pihak pengurusan dapat memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan supaya pelanggan yang benar-benar 'asli' tidak terus terpinggir.
Bagi yang tidak tahu, 'scalpers' merujuk kepada individu yang mengambil atau membeli slot, tiket atau tempahan dalam kuantiti banyak menggunakan teknik tertentu sebelum menjual semula pada harga lebih mahal demi keuntungan.
MENARIK DIBACA: Pelanggan cuak pecahkan gelas di Rembayung, tak beritahu KA walau bersua muka
MENARIK DIBACA: 'Aunty' lepas geram belanja lebih RM800 tapau lauk Rembayung, Khairul Aming beri komen lucu
Di ruangan komen, ramai juga netizen turut berkongsi rasa kecewa malah ada yang menyifatkan sistem tersebut agak menyusahkan pelanggan.
Ada juga yang mengakui sudah tawar hati untuk cuba makan di restoran berkenaan kerana tidak sanggup ‘berebut’ slot setiap kali dibuka.
“Sejujurnya, memang teringin nak rasa makanan Rembayung tu ada, tapi saya rasa saya bukan pelanggan untuk sistem macam ni. Saya pun tak cuba untuk ‘bersaing’ sebab dah rasa kurang minat.
“Betul. Tengok orang sama je pergi berkali sebab dah tahu nak dapat from scalpers. Tawar hati. In fact I rasa I dah langsung tak berminat dengan KA or his restaurant,” antara komen warganet.

Dalam masa sama, ada netizen mencadangkan agar pihak restoran menggunakan sistem giliran maya atau 'virtual queue' seperti yang dilakukan beberapa restoran popular lain.
“Saya rasa salah satu penyelesaian yang perlu dipertimbangkan adalah buat seperti Grumpy Bagels.
"Ia lebih adil, scan QR dan beratur secara virtual, anda boleh berada dalam kereta atau berjalan-jalan ke pusat beli-belah berdekatan sambil menunggu.
"Ia sangat adil dan tidak akan ada scalper. Harap @khairulaming mendengar perkara ini,” cadang seorang pengguna.