KUALI | Momen

Karipap Ikea bukan snek biasa-biasa, catat sejarah dalam MBOR

Lead Image

SELAIN bebola daging (meatball), karipap juga menjadi antara makanan popular yang dijual di Ikea Malaysia.

Walau cuma snek ringkas, karipap Ikea terus menjadi buruan ramai pelanggan sehingga digemari di seluruh negara.

Kini, karipap Ikea melakar kejayaan tersendiri selepas secara rasmi diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBOR) untuk 'Jualan Karipap Terbanyak dalam Setahun' selepas mencatatkan jualan luar biasa iaitu 8.6 juta biji karipap di seluruh negara.

Mula diperkenalkan kepada penggemarnya sejak 30 tahun lalu, karipap Ikea bukan sekadar kudapan santai, malah telah sebati dengan rutin harian rakyat Malaysia.

Karipap Ikea Malaysia menjadi sebahagian kegemaran rakyat Malaysia.

Menurut Pengarah Runcit Negara Ikea Malaysia, Malcolm Pruys, pengiktirafan tersebut bukan tentang angka semata-mata, tetapi turut menjadi momen manis yang harus diraikan.

"Bagi kami, ini bukan sekadar satu rekod. Di Malaysia, makanan menjadi salah satu cara seseorang itu berhubung, bersantai dan meluangkan masa bersama.

"Saya yakin, karipap menjadi sebahagian momen harian bagi orang ramai dan ia memberi makna penting buat kami.

"Paling penting, pencapaian ini mencerminkan komitmen Ikea Malaysia dalam menawarkan makanan mampu milik, mudah diakses dan berkualiti, sekali gus membuktikan bahawa makanan sedap tidak semestinya mahal," katanya.

MENARIK DIBACA: [V] Perut lapar tapi malas masak... Tempe goreng berapi mudah dibuat, jadi pembangkit selera

MENARIK DIBACA: Banyak betul manfaat barli, paling penting boleh turunkan berat badan

Menurut Pengurus Makanan Ikea Malaysia, Raymand Yeastman, karipap Ikea telah menjadi menu yang dekat dengan hati ramai individu, membuktikan makanan ringkas mampu menyatukan orang ramai merentasi generasi.

"Ikea food sentiasa menjadi sebahagian elemen penting dalam memberikan pengalaman berharga kepada orang ramai.

"Malah karipap kami turut terbukti mampu menyatukan orang ramai sejak tiga dekad lalu," ujarnya.

Selain menjadi kudapan, karipap Ikea Malaysia turut menjadi simbol perpaduan masyarakat di Malaysia.

Sempena pencapaian ini, Ikea Malaysia turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini menerusi kempen #IKEAripapYourWay.

Diilhamkan daripada pengiktirafan MBOR, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencipta dan berkongsi ‘rekod’ versi mereka sendiri dengan cara kreatif dan luar biasa bersama karipap Ikea.

Sempena ulang tahun ke-30, Ikea Malaysia terus komited mencipta pengalaman harian yang lebih baik buat seluruh rakyat Malaysia.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Asyik gagal 'battle', slot Rembayung disyaki dikaut 'scalpers'! Ada yang dah tawar hati, merajuk dengan sistem

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Isteri minta donat RM5 suami kata 'tak ada duit', tapi mampu belanja rakan wanita 'gift card' kopi berjenama

Terhangat