info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Isteri minta donat RM5 suami kata 'tak ada duit', tapi mampu belanja rakan wanita 'gift card' kopi berjenama

Lead Image

TAK salah untuk memberi hadiah kepada orang lain, namun ia perlulah dilakukan secara berpada-pada agar tidak mengguris perasaan insan terdekat, lebih-lebih lagi pasangan sendiri.

Itulah luahan seorang wanita yang terasa hati dengan tindakan suaminya yang didakwa bermurah hati memberikan ‘gift card’ kopi berjenama bernilai RM50 kepada rakan sekerja yang merupakan seorang perempuan.

Menurut wanita berkenaan, pada mulanya tidak menyangka perkara itu boleh berlaku sehinggalah dia mendapat tahu hadiah tersebut diberikan atas alasan rakan pejabat sering membantu suaminya dalam urusan kerja.

Perkongsian isteri tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

“Tak tahulah nak rasa apa. Today I found out my husband bagi gift card ZUS RM50 dekat kawan ofis dia, perempuan ye.

"Bila aku tanya kenapa, dia kata hadiah 'birthday' dan sebagai tanda terima kasih sebab banyak tolong kat ofis. Sampai RM50?” soalnya.

Apa yang lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa suaminya sering berkira apabila melibatkan perbelanjaan untuk dirinya sendiri, walaupun jumlahnya kecil.

MENARIK DIBACA: "Gembira ke malu nak bawa?" - Lelaki kongsi perasaan makan bekal disediakan isteri di tempat kerja

MENARIK DIBACA: 'Padah' kreatif buat 'cekodok churros', isteri lega suami tak jadi mengamuk - "Terkekek sambil goreng"

“Aku isteri dia ni minta belikan donat RM5 pun dia cakap tak ada duit. Apa aku patut rasa sekarang ni? Rasa nak gilalah aku,” luahnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan suaminya yang dianggap tidak sensitif dan menyarankan agar wanita berkenaan tidak berdiam diri.

Ada yang menasihatkan supaya perkara itu dibincangkan secara terbuka atau melibatkan keluarga jika perlu, bagi mengelakkan salah faham berpanjangan dalam rumah tangga.

Komen netizen di laman Threads mempersoalkan tindakan suami wanita berkenaan.

“Perli la depan mak mentua dan semua 'family'. Wow tak sangka abang boleh jadi 'sweet', ingatkan reti jadi ‘sengkek’ je!

“Kalau saya akan ambil 'wallet' dia,' drive' pergi pasar raya, singgah kafe beli air + pasta + bagel + cake, lepas tu daftar pakej spa.

“Walaupun dia dah bagi RM50,000 kat you sebulan, tak normal nak belanja-belanja jantina berlainan bila dah bersuami atau beristeri," antara komen netizen

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Karipap Ikea bukan snek biasa-biasa, catat sejarah dalam MBOR

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Staf buat hal, sijil halal Mita Cake House untuk satu premis digantung

Terhangat