"Gembira ke malu nak bawa?" - Lelaki kongsi perasaan makan bekal disediakan isteri di tempat kerja
RUANGAN media sosial kecoh gara-gara satu perkongsian ringkas seorang lelaki bergelar suami.
Seorang lelaki dikenali sebagai Syafie, meminta pandangan golongan sama status di Threads mengenai amalan membawa bekal ke tempat kerja.
"Husband to husband…kalau isteri sediakan bekal, awak happy ke malu nak bawa pergi kerja?
"Share sikit perasaan korang, sikit pun okay," tulisnya.

Soalan santai itu mengundang pelbagai reaksi netizen malah ramai juga berkongsi pengalaman masing-masing dengan rasa bangga.
"Isteri saya rajin buatkan saya bekal. Saya gembira dan tak malu hehe.
MENARIK DIBACA: Pertama kali 'dating', pemuda geram kenalan wanita 'order' macam-macam! Anggap tiada 'common sense'
MENARIK DIBACA: Sambal belacan udang bakar, dijamin tak cukup sepinggan nasi
"Gilak sedap tok…siapa tak sayang bini oi," antara komen netizen.
Malah, ada yang berseloroh mengatakan lebih rela menikmati bekal tersebut seorang diri kerana tidak mahu berkongsi keenakan masakan isterinya dengan orang lain.

"Saya bangga dan saya akan makan sorang-sorang. Sebab saya tak nak orang lain rasa air tangan isteri saya. Kesedapan tu biar saya je rasa. Thank you my love, semoga syurga tertinggi buatmu.

"Saya lagi suka bawa bekal isteri masak dari beli luar. Happy sangat bro, syurga untuk isteri saya," komen netizen lain pula.
Dalam pada itu, seorang wanita turut berkongsi perspektif berbeza apabila dia tetap rajin memasak untuk suami walaupun sedang hamil, demi memastikan pasangannya menikmati makanan lebih sihat.
Bagi kebanyakan lelaki, membawa bekal dimasak isteri menjadi satu kebanggaan dan tanda mereka menghargai keringat pasangan.