KUALI | Viral

Staf buat hal, sijil halal Mita Cake House untuk satu premis digantung

Lead Image

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga!

Begitulah nasib syarikat bakeri terkenal iaitu Mita Cake House apabila sijil halal salah satu cawangannya digantung susulan kecuaian seorang pekerja.

Memetik kenyataan rasmi syarikat itu, penggantungan berkenaan berpunca daripada tindakan seorang pekerja yang didapati membawa minuman berkarbonat berperisa lemon mengandungi alkohol rendah (ABV) ke dalam premis.

Bagaimanapun, penggantungan sijil halal itu hanya melibatkan cawangan di Tun Jugah, Kuching, Sarawak, premis di mana berlakunya insiden itu dan tidak melibatkan keseluruhan operasi syarikat.

Pihak pengurusan menegaskan ia tidak berkaitan dengan bahan atau proses pembuatan produk mereka.

Dalam kenyataan sama, pihak pengurusan menegaskan penggantungan itu tidak ada kaitan dengan bahan atau proses pembuatan produk mereka.

Jelasnya, semua ramuan serta proses operasi masih mematuhi piawaian halal yang ditetapkan, dan pihak syarikat kini sedang dalam proses memperbaharui lesen bagi cawangan yang terjejas.

"Walaupun pensijilan halal cawangan Tun Jugah digantung sementara, pensijilan halal bagi tujuh lagi cawangan kami masih sah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam masa sama, pihak syarikat turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai, khususnya pelanggan beragama Islam, atas keprihatinan, maklum balas serta sokongan berterusan terhadap perniagaan mereka.

MENARIK DIBACA: Gelabah dulu, periksa info kemudian! Wanita hampir buang stok biskut sah ada sijil halal

MENARIK DIBACA: Sing Sing Coffee nafi sijil halal ditarik balik, dakwaan tular tidak benar

Berdasarkan tinjauan Kuali, rata-rata netizen di media social berpendapat apa yang berlaku seharusnya dijadikan iktibar kepada peniagaan lain.

Menurut mereka, isu pensijilan halal bukan sekadar melibatkan ramuan atau bahan, malah turut merangkumi keseluruhan aspek pengendalian operasi termasuk disiplin pekerja dan pematuhan prosedur.

"“Halal bukan sahaja melibatkan bahan, tapi juga cara pengendalian, penyimpanan dan disiplin pekerja. Semua kena ambil berat.

“Walaupun nampak kecil, benda macam ni boleh bagi kesan besar pada kepercayaan pelanggan. SOP kena sentiasa ketat.” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Isteri minta donat RM5 suami kata 'tak ada duit', tapi mampu belanja rakan wanita 'gift card' kopi berjenama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

Terhangat