KUALI | Trending

Gelabah dulu, periksa info kemudian! Wanita hampir buang stok biskut sah ada sijil halal

Lead Image

SELEPAS sijil halal syarikat Sing Sing Coffee ditarik balik, jenama biskut terkenal Hup Seng pula berdepan dakwaan sama.

Dakwaan ini timbul gara-gara khabar angin mula tersebar apabila ada netizen membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga mencetuskan kegusaran ramai.

Seorang wanita berkata, dia hampir membuang semua bekalan biskut daripada jenama tersebut selepas mendapat tahu mengenai dakwaan berkenaan.

“Tular hari ini pasal syarikat Hup Seng kena tarik balik sijil halal, kes berkaitan berus bulu babi.

Wanita tersebut hampir termakan dengan khbar angin di media sosial.

“Paniklah kejap, sebab dekat rumah ada sebungkus lagi biskut Hup Seng belum buka.

“Sudah, nak kena buang ke? Yang dah selamat masuk perut macam mana pula?” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Namun begitu, selepas membuat pemeriksaan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), wanita tersebut mendapati status halal bagi jenama berkenaan masih lagi sah dan tiada sebarang masalah.

Sebaliknya, sijil halal yang ditarik balik adalah melibatkan syarikat lain yang mempunyai nama hampir sama, sekali gus menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengguna.

MENARIK DIBACA: Sing Sing Coffee nafi sijil halal ditarik balik, dakwaan tular tidak benar

MENARIK DIBACA: Warga asing kantoi berendam dalam bekas air, buat guna cuci sayur sebelum jual - “Terus kembang rasa tekak”

“Tapi terfikir nak ‘double check’ dulu info sebelum gelabah. Hasil pemeriksaan di portal halal Jakim, rupanya yang ditarik sijil halal dan beroperasi di Melaka ialah Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd.

“Yang kita selalu beli dan makan antaranya biskut cap pingpong tu nama syarikatnya ‘Hup Seng Perusahaan Makanan Sdn Bhd’, yang ini di Johor.

“Fuh selamat, nasib baik tak sempat campak lagi biskut ni dalam tong sampah tadi,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut sekali gus menjadi peringatan kepada pengguna agar tidak cepat panik dan mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tular di media sosial tanpa membuat semakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Demi ulat dibela, wanita seru orang ramai sumbang sisa makanan sebanyak mungkin

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pengguna resah susu Farm Fresh susah nak cari, ketahui kaitannya dengan krisis Asia Barat

Terhangat