KUALI | Nutrisi

Banyak betul manfaat barli, paling penting boleh turunkan berat badan

Lead Image

WALAUPUN dikenali dengan pelbagai manfaat kesihatan, bijirin barli bukanlah pilihan popular dalam diet harian masyarakat Malaysia.

Namun, bagi individu yang ingin menjaga tahap kolesterol atau sedang berusaha menurunkan berat badan, barli sebenarnya boleh menjadi antara makanan tambahan terbaik.

Ini kerana kandungan serat dan nutrisinya terbukti membantu menurunkan paras kolesterol serta menyokong proses penurunan berat badan secara semula jadi.

Barli direbus bersama daun pandan untuk menaikkan lagi aroma.

Berkongsi pengalaman, seorang pengguna TikTok Eja Razak memberitahu barli bukan sahaja memberi rasa kenyang berpanjangan, malah mengurangkan keinginan untuk makan meskipun tidak bersarapan.

“Barli juga membantu menurunkan suhu badan ketika demam. Sesuai diamalkan oleh ibu hamil kerana dapat mencegah sembelit dan menstabilkan paras gula. 

MENARIK DIBACA: Kalau beli di kedai mahal harganya, bukan susah sangat buat Strawberi Sando

MENARIK DIBACA: Jangan takut berlapar di luar negara, banyak tip cari makanan halal

“Untuk ibu menyusu pula, barli boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu badan kerana berfungsi sebagai milk booster,” katanya dalam hantaran di laman TikTok.

Bagi anda yang sedang dalam proses mengubah gaya hidup sihat, menyediakan stok di rumah bukanlah sesuatu yang rumit. 

Malah, ia boleh disediakan lebih awal dan disimpan untuk kegunaan berulang kali.

Kandungan serat dan nutrisinya terbukti membantu menurunkan paras kolesterol

Langkah menyediakan stok barli di rumah:

1. Masukkan 1 cawan barli ke dalam periuk bersama 3 cawan air dan 3 helai daun pandan. Kemudian, rebus menggunakan api perlahan.

2. Setelah barli menjadi lembut, tutup api dan biarkan ia sejuk.

3. Air rebusan akan kelihatan sedikit pekat—ini adalah ekstrak semula jadi barli.

4. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan di dalam peti sejuk.

5. Setiap kali nak minum, ambil 2 sudu besar barli, campurkan dengan 1 gelas air panas mendidih dan biarkan selama 30 minit sebelum diminum.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Awas! 5 makanan ini boleh buat anak tersedak, ibu bapa kena beri lebih perhatian

Terhangat