KUALI | Nutrisi

Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun

Lead Image

WANITA yang sudah mencecah usia 30-an sebenarnya kena peka tentang kesihatan agar terhindar daripada sebarang penyakit termasuk kanser.

Disebabkan itu, nutrisi yang mencukupi penting dan pengambilan vitamin yang sesuai dan konsisten dapat membantu mengurangkan risiko penyakit.

Penting untuk mengenal pasti kekurangan nutrisi termasuk mudah letih, emosi tergangggu, keguguran rambut serta kulit kusam dan tidak bermaya.

Badan mudah berasa letih antara petanda badan kurang nutrien.

Keadaan ini lebih ketara dalam kalangan wanita berusia 30-an disebabkan kadar metabolisme mula menurun dan keperluan nutrien meningkat.

Semua petanda ini sebenarnya adalah isyarat penting daripada badan bahawa ia kekurangan zat dan memerlukan perhatian segera dari segi pemakanan dan gaya hidup.

Beberapa jenis vitamin dan mineral yang boleh diambil para wanita yang memasuki usia 30 tahun;

MENARIK DIBACA: Banyak betul manfaat barli, paling penting boleh turunkan berat badan

MENARIK DIBACA: Awas! 5 makanan ini boleh buat anak tersedak, ibu bapa kena beri lebih perhatian

Salmon mengandungi vitamin D yang tinggi membantu menyokong imun badan.

1. Vitamin D

Membantu penyerapan kalsium, menjaga kesihatan tulang dan gigi serta menyokong sistem imun.

Ini disebabkan wanita berisiko mengalami tulang rapuh kerana penurunan estrogen.

Sumber vitamin D boleh didapati daripada sinar matahari, ikan berlemak seperti salmon dan tuna selain susu atau dalam bentuk suplemen.

Pengambilan vitamin B12 boleh didapati dari sumber daging.

2. Vitamin B12

Penyerapan B12 menurun seiring bertambahnya usia meningkatkan risiko anemia dan penurunan kognitif.

Pengambilan vitamin B12 daripada daging, ikan, telur, susu menyokong fungsi otak, saraf dan pembentukan sel darah merah.

Pengambilan keju ada baiknya untuk kesihatan tubuh.

3. Vitamin K2

Vitamin K2 berperanan membekalkan kalsium ke bahagian tulang termasuk menjaga kesihatan jantung.

Makanan yang kaya dengan vitamin ini adalah keju dan kuning telur.

Jambu batu antara buah yang mengandungi vitamin C yang sangat tinggi.

4. Vitamin C

Umum mengetahui manfaat vitamin C selain ia juga mampu melambatkan proses penuaan kulit selain membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan penghasilan kolagen baik untuk kulit dan sendi serta meningkatkan daya tahan tubuh.

Vitamin E sangat membantu dalam mencegah penuaan.

5. Vitamin E

Makanan yang kaya dengan vitamin E adalah kekacang, biji-bijian, minyak tumbuhan dan avokado.

Vitamin E mampu membantu menjaga kesihatan kulit dan mata selain melambatkan proses penuaan seseorang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ikan masin tingkat risiko kanser? Bergantung pada cara pembuatannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Banyak betul manfaat barli, paling penting boleh turunkan berat badan

Terhangat