KUALI | Nutrisi

Ikan masin tingkat risiko kanser? Bergantung pada cara pembuatannya

Lead Image

RAMAI di antara kita gemar menikmati makanan seperti ikan masin, daging perap atau  yang diawet.

Makanan ini sememangnya sedap, mudah disediakan dan sering menjadi pilihan terutama ketika tiada masa untuk memasak. 

Namun di sebalik kesedapan itu, ramai juga tidak menyedari bahawa sesetengah jenis ikan masin dan daging perap sebenarnya boleh menjadi punca kanser.

Personaliti media sosial yang juga bekas doktor, Muhamad Hazwan Nazri menjelaskan isu utama bukan terletak pada ikan masin atau daging perap tetapi pada bahan pengawet digunakan dalam proses penyediaan.

Ikan masin tradisional biasanya diperam atau dijemur menggunakan garam biasa atau dikenali sebagai sodium chloride.

Ramai orang menyangka semua ikan masin sama, sedangkan terdapat perbezaan ketara antara dibuat secara tradisional dan komersial yang dijual di pasaran.

Hazwan yang lebih dikenali sebagai Dr. Wan Share menjelaskan ikan masin tradisional biasanya diperam atau dijemur menggunakan garam biasa atau dikenali sebagai sodium chloride.

Proses ini sudah diamalkan sejak dahulu lagi dan setakat penggunaan garam untuk mengeringkan ikan, ia tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan. 

Malah, ramai orang tua di kampung yang makan ikan masin setiap hari sepanjang hidup mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius.

MENARIK DIBACA:  Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

Masalah timbul apabila ikan masin atau daging perap disediakan dengan menggunakan bahan pengawet kimia seperti sodium nitrite.

Bahan ini digunakan sebagai pengawet tambahan untuk menjadikan makanan tahan lebih lama, kelihatan lebih segar dan kekal cantik warnanya. 

Menurutnya, ia nampak seakan garam biasa tetapi dari segi kimia ia jauh berbeza dan lebih berisiko. 

"Apabila sodium nitrite dimasak bersama makanan berprotein seperti daging atau ikan, ia boleh bertukar menjadi sebatian berbahaya yang dikenali sebagai nitrosamin. 

"Nitrosamin ini telah terbukti dalam pelbagai kajian makmal terhadap haiwan sebagai bahan penyebab kanser atau karsinogen.

Sodium nitrite nampak seakan garam biasa tetapi dari segi kimia ia jauh berbeza dan lebih berisiko. 

"Kajian mendapati bahawa nitrosamin boleh meningkatkan risiko beberapa jenis kanser antaranya kanser perut, usus dan tumor paru-paru. 

"Malah, ada kajian menunjukkan kaitan antara bahan ini dengan gangguan pada sistem pembiakan wanita khususnya di bahagian serviks boleh menyebabkan perubahan sel  dikenali sebagai cervical intraepithelial neoplasia, iaitu keadaan prakanser berisiko untuk berkembang menjadi kanser pangkal rahim," kongsinya menerusi hantaran di TikTok.

Bahan ini biasa terdapat dalam daging kisar, sosej, nuget dan makanan sejuk beku yang tahan lama. 

Tapi jika perapan menggunakan bahan semula jadi seperti halia, lengkuas, bawang putih dan herba maka itu tidak bahaya malah baik untuk kesihatan kerana ada antioksidan.

Sama ada ikan masin atau daging perap itu selamat atau tidak semuanya bergantung pada cara ia dibuat.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kaki ayam bukan sahaja kaya kologen, boleh kawal gula dalam darah dan kurangkan sakit sendi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Wanita jangan pandang ringan signal badan, mula amal 5 vitamin ini bila usia masuk 30 tahun

Terhangat