KUALI | Trending

Jangan takut berlapar di luar negara, banyak tip cari makanan halal

Lead Image

BAGI yang beragama Islam, melancong ke luar negara bukan sekadar soal destinasi atau pengalaman menyelami budaya baharu.

Antara kebimbangan utama sering timbul adalah kesukaran mendapatkan makanan halal terutamanya di negara yang penduduknya bukan beragama Islam.

Mencari makanan halal boleh menjadi satu cabaran apatah lagi apabila faktor bahasa dan budaya turut memainkan peranan.

Kebimbangan ketika melancong ke negara penduduknya bukan beragama Islam adalah makan halal.

Walaupun kini tidak susah mendapatkan makanan halal seperti di Korea Selatan memandangkan pelancong yang datang kebanyakannya beragama Islam seperti dari Malaysia dan Indonesia.

Pun begitu ia tidak cukup kuat untuk menyakinkan seseorang itu dalam mencari makanan yang benar-benar hal tanpa sebarang unsur syubhah.

Perancangan teliti dan mendapatkan maklumat tepat sebelum melancong membolehkan cabaran ini diatasi.

MENARIK DIBACA: Nak berjimat pun berpada-pada! Ini jenis makanan dilarang bawa masuk ke Korea Selatan

MENARIK DIBACA: Restoran pelayan 'sado' Thai Hot Guys bakal buka di KL? Netizen bengang anggap perosak budaya

Buat bakal ‘kaki travel’ bertenang dulu, ada banyak cara boleh dijadikan sebagai panduan anda bercuti dengan perut kenyang. 

Jom kupas sikit langkah mencari makanan halal sepanjang melancong ke luar negara, dari penggunaan aplikasi berguna hingga cara kenal pasti logo halal dan taktik pilih menu di restoran. 
 

Semak logo halal restoran ingin dikunjungi.

1. Cari restoran pamer logo Halal

Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai sesebuah restoran halal di internet.

Jika tiada pilihan, sebaik-baiknya nikmati sahaja makanan di restoran yang menyediakan makanan laut atau berasaskan sayur-sayuran.

Pun begitu, jangan ambil mudah kerana ada sesetengah menu berkenaan disediakan dengan campuran alkohol, wain dan minyak haiwan.

Sediakan bekal mudah untuk dibawa.

2. Masak sendiri

Bawa bekas plastik sendiri dan sediakan menu ringkas tanpa perlu menggunakan dapur seperti salad sayuran, salad buah-buahan, roti atau madu yang dibeli di kedai serbaguna.

Pek makanan ringan seperti kekacang untuk kekal bertenaga ketika melancong.

3. Pek makanan ringan

Bawa makanan seperti oat atau kekacang dalam pek kecil kerana ia membantu jika tiba-tiba berasa lapar.

Selain itu, mi segera boleh jadi pengganti jika berasa lapar pada waktu malam.

4. Baca label sebelum beli

Jika anda berkunjung ke negara majoritinya bukan beragama Islam penting untuk membaca label pada sesuatu makanan sebelum membuat pembelian.

Rajin bertanya.

5. Rajin bertanya

Jika tiada pilihan dan terpaksa makan di luar, pilih makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan atau hidangan laut dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol. 

Boleh bertanya kepada pelayan mengenai penyediaan makanan dengan mengimbas menu.

Aneka aplikasi semak halal ditawarkan hari ini.

6. Guna aplikasi semak bahan

Banyak aplikasi semakan status halal boleh digunakan bagi kenal pasti bahan ada dalam produk ingin dinikmati.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Byakuya aiskrim paling mahal di dunia, dihiasi emas 24 karat berharga RM28,000 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Wujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniah, Shawarma dari Lebanon sandwic terbaik di dunia

Terhangat