KUALI | Trending

Wujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniah, Shawarma dari Lebanon sandwic terbaik di dunia

Lead Image

HIDANGAN istimewa dari negara Lebanon iaitu Shawarma telah menduduki tempat pertama sebagai hidangan berbentuk sandwic terbaik di dunia (50 Best Sandwiches in the World).

Senarai itu dibuat oleh laman makanan antarabangsa popular, TastesAtlas.

Dengan meraih mata sebanyak 4.6 daripada jumlah keseluruhan iaitu 5 mata, Shawarma dipilih sebagai sandwic terbaik di dunia kerana dianggap memiliki keunikan dari segi rasa dan teksturnya tidak dimiliki oleh hidangan lain.

Laman makanan antarabangsa TasteAtlas menyenaraikan 50 sandwic terbaik di dunia.

Seperti diketahui, Shawarma merupakan makanan seumpama kebab yang menggunakan roti pita dan diisi dengan daging panggang lazimnya kambing.

Bagi menambah keenakan ia diperam dengan rempah khas seperti salad, tomato, buah zaitun, bawang dan timun.

MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

MENARIK DIBACA: Secawan kopi serendah RM6, ini 5 port kafe harga bajet

Apa yang membuatkan hidangan tersebut memiliki rasa tersendiri kerana menggunakan sos tahini, iaitu sos istimewa yang diperbuat daripada biji bijan yang dikisar dan banyak digunakan dalam masakan negara-negara Timur Tengah dan Maditerranean.

Berada di posisi kedua ialah sandwic dari negara Asia Tenggara, Vietnam iaitu Banh Mi dan tempat ketiga sandwic dari Turkiye iaitu Tombik Doner.

Tempat kedua menjadi milik Banh Mi iaitu sandwic dari Vietnam.

Hidangan Shawarma dipercayai telah wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah dan biasanya dihasilkan dengan menggunakan daging kambing, lembu atau ayam.

Hari ini, Shawarma bukan sahaja terkenal di negara-negara Timur Tengah, tetapi juga telah bertebaran di seluruh dunia dan menjadi salah satu hidangan yang selalu dilihat dijual di pinggir-pinggir jalan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Jangan takut berlapar di luar negara, banyak tip cari makanan halal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Malaysia perkukuh kuasa kulinari serantau, lapan sajian masuk senarai 100 terbaik dunia... Mi Bandung ditangga kelima

Terhangat