Malaysia perkukuh kuasa kulinari serantau, lapan sajian masuk senarai 100 terbaik dunia... Mi Bandung ditangga kelima
BUKAN lagi sekadar hidangan popular tempatan, Mi Bandung kini diiktiraf sebagai antara sajian terbaik di dunia.
Portal kulinari TasteAtlas meletakkan sajian itu ditangga kelima dalam senarai 100 Hidangan Mi Terbaik Dunia.
Apa lebih membanggakan, hidangan berasal dari Muar, Johor itu turut mendapat skor 4.6 bintang.

Dengan keenakan kuah yang kaya dengan rasa udang kering, cili dan rempah yang ditumis, Mi Bandung turut berjaya mengalahkan pelbagai jenis juadah dari Asia seperti ramen dan udon.
Bagi mengelak kekeliruan dan perbalahan, TasteAtlas turut menjelaskan menu popular itu tiada kena mengena dengan nama bandar di Indonesia.
"Setiap hidangan Mi Bandung dihiasi dengan pelbagai bahan menyedapkan termasuk telur rebus, udang, kek ikan, sayur-sayuran malah hidangan itu bertambah enak dengan percikan jus limau.
MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia
MENARIK DIBACA: Sampai ralit menyedut sumsum dibuatnya, ini lokasi rahsia di KL jual sup tulang merah Singapura
"Istilah bandung secara kasar diterjemahkan sebagai campuran atau berpasangan dan tiada kaitan dengan kota di Indonesia," tulis portal berkenaan.
Selain Mi Bandung, lapan lagi hidangan berasaskan mi masuk dalam senarai tersebut.
Berikut adalah senarai mengikut turutan;
26. Laksam
27. Laksa
49. Mi Kari
58. Mi Goreng Mamak
62. Mi Hokkien (Pulau Pinang)
67. Asam Laksa
72. Mi Rebus
91. Mi Hokkian

Kejayaan ini bukan sahaja menyemai rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia malah mengukuhkan nama negara sebagai kuasa kulinari serantau.
Sementara itu, hidangan Ohn No Khao Swè dari Myanmar dinobatkan sebagai hidangan mi terbaik dunia apabila berada di kedudukan pertama.
Hidangan ini merupakan gabungan mi gandum yang disajikan dalam kuah santan kuning berkrim, dilengkapi hirisan daging ayam, telur rebus dan perahan limau.